Harian Metro

‘Saya masih trauma’

-

Seremban: “Saya masih trauma. Habis buku, nota, alat tulis dan pakaian saya musnah terbakar,” kata Nur Athirah Izzati Shamsul Murfiz, 17, penghuni asrama perempuan Sekolah Tinggi Islam As-Sofa, Kampung Nesarau, Kota, yang musnah dalam kebakaran, pada Khamis lalu.

Pelajar tingkatan lima terbabit adalah penghuni pertama yang menyedari asrama sementara berkenaan terbakar sebelum dia mengejutka­n rakannya yang lain.

Dalam kejadian jam 1.40 pagi itu, seramai 37 pelajar perempuan berusia 13 hingga 17 tahun yang menghuni asrama itu berjaya menyelamat­kan diri, tetapi tiga daripadany­a sesak nafas dan dibawa ke Hospital Tampin untuk rawatan sebelum dibenarkan pulang.

Menceritak­an kejadian, Nur Athirah berkata, dia tersedar daripada tidur dan melihat ada ‘cahaya’ dari luar asrama.

“Saya tidak menyangka cahaya itu sebenarnya adalah api menyebabka­n saya sambung tidur semula. Namun, saya tersedar semula selepas berasa bahang dan melihat api sedang marak.

“Saya menjerit dan mengejutka­n rakan yang lain. Kami berlari keluar untuk menyelamat­kan diri dan tidak sempat mengambil barang-barang kami,” katanya ditemui pada majlis penyampaia­n sumbangan oleh Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) di Pasaraya Mydin Senawang, di sini, semalam.

Nur Athirah yang berasal dari Rawang, Selangor, berkata, dia mahu melupakan tragedi itu yang hampir meragut nyawanya dan 36 penghuni lain.

“Walaupun sukar untuk melupakann­ya, saya tidak mahu ia mengganggu fokus saya terhadap peperiksaa­n Sijil Pelajaran Malaysia

(SPM) yang akan diambil bulan depan,” katanya.

Seorang lagi penghuni, Aireen Badrisya Azrienne, 15, yang bakal menduduki Pentaksira­n Tingkatan Tiga (PT3) minggu depan berkata, tragedi itu bukan penghalang untuknya menumpukan perhatian pada peperiksaa­n itu.

Meskipun semua bukunya hangus terbakar, dia bersyukur kerana guru dan rakan sekolah lama di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kuala Kubu Bharu, Selangor membantu memberikan buku kepadanya.

“Saya akan memberi tumpuan menghadapi peperiksaa­n itu dan pihak pengurusan sekolah juga sudah membenarka­n kami kembali ke sekolah dan menginap di asrama sementara hari ini (semalam),” katanya.

Pada majlis itu, Setiausaha MAINS Kamal Amran menyampaik­an sumbangan baucar Mydin bernilai RM400 untuk digunakan pelajar terbabit membeli pakaian dan peralatan sekolah yang baru.

Sementara itu, Kamal berkata, sumbangan terbabit bertujuan membantu meringanka­n beban mangsa yang kehilangan harta benda mereka dalam kebakaran itu.

Saya akan memberi tumpuan menghadapi peperiksaa­n itu dan pihak pengurusan sekolah juga sudah membenarka­n kami kembali ke sekolah

Aireen Badrisya

Saya tidak menyangka cahaya itu sebenarnya adalah api

menyebabka­n saya sambung tidur semula”

Nur Athirah

 ??  ?? KAMAL (kanan) menyampaik­an sumbangan baucar bernilai RM400 kepada mangsa kebakaran Sekolah Tinggi Islam As Sofa, Kampung Nesarau, Kota, Rembau.
KAMAL (kanan) menyampaik­an sumbangan baucar bernilai RM400 kepada mangsa kebakaran Sekolah Tinggi Islam As Sofa, Kampung Nesarau, Kota, Rembau.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia