Harian Metro

Abang sampai patah

-

 Lelaki parah terjun dari tingkat satu elak serangan adik

“Sejurus saya tegur dengan memintanya cari kerja, dia terus mengamuk, sekali gus mengacukan pisau dan gunting.

“Kami kemudian bergelut sebelum hujung gunting terkena dahi saya,” kata seorang abang yang hanya mahu dikenali sebagai Idris, 39.

Dalam kejadian jam 7.40 malam kelmarin di rumah sewa Idris di Bandar Bukit Tinggi, di sini, adik lelakinya yang berusia 28 tahun bertindak agresif dan dipercayai di bawah pengaruh dadah ketika itu.

Lelaki terbabit menggunaka­n pisau dan gunting untuk mengugut serta mencederak­an adik-beradiknya.

Idris yang juga anak sulung daripada lima adik-beradik itu patah kedua-dua kaki selepas terjun dari tingkat satu rumah kedai yang disewanya.

Idris berkata, kejadian berlaku selepas dia pulang dari kerja dan menegur adiknya itu supaya berubah demi kebaikanny­a.

“Bimbangkan keselamata­n diri, saya terjun melalui tingkap dari tingkat satu menyebabka­n kedua-dua kaki saya patah,” katanya ketika ditemui di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, di sini, semalam.

Idris berkata, ketika kejadian, dua adiknya iaitu perempuan berusia 38 tahun dan lelaki berusia 17 tahun ada di rumah.

Menurutnya, dia meminta kedua-kedua adiknya itu menguncika­n diri dalam bilik.

“Selepas saya terjun, orang ramai membantu saya dengan menghubung­i ambulans.

“Sebelum itu saya pesan pada adik-adik, jika abangnya itu mengamuk, lari ke dalam bilik dan kunci pintu. Syukur mereka selamat,” katanya.

Idris berkata, adiknya itu sudah mengambil dadah sejak berusia 18 tahun.

“Dia baru saja keluar penjara dua bulan lalu,” katanya.

Menurutnya, dia mengambil alih tugas membesarka­n adik-adiknya itu sejak 18 tahun lalu dengan hasil kerja di kilang selepas kematian ibu bapanya di Sabah.

 ??  ?? IDRIS patah kedua-dua kaki dan kini mendapat rawatan di HTAR.
IDRIS patah kedua-dua kaki dan kini mendapat rawatan di HTAR.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia