Harian Metro

Terjerlus paras pinggang di belakang rumah

-

Georgetown: Malang buat seorang lelaki apabila dia terjatuh ke dalam lubang akibat mendapan tanah yang berpunca daripada pembinaan rumah tiga tingkat di sebelah rumahnya di Lorong Tampin, Jalan Perak, di sini, petang kelmarin.

Mangsa yang juga seorang guru, Muhammad Adnan Muhammad Nor, 39, berkata, ketika kejadian, dia berjalan untuk melihat keretakan dinding di belakang rumah dipercayai akibat projek pembinaan terbabit.

Menurutnya, kejadian berlaku kira-kira jam 6 petang dan dia yang melalui jalan berkenaan tidak sempat menyelamat­kan diri kerana tanah mendap secara tiba-tiba.

“Ketika itu, ibu saya sedang melihat keretakan dinding di belakang rumah dan saya menuju ke arah ibu yang sedang berbincang dengan pekerja pembinaan rumah terbabit.

“Belum sempat sampai, tanah dilalui mendap membuatkan saya terjerlus hingga ke paras pinggang dan mujur ibu yang melihat kejadian itu menarik saya keluar,” katanya.

Muhammad Adnan berkata, dia cedera di kaki akibat tersepit di celah konkrit selain turut lebam di tangan.

“Kejadian ini benar-benar mencabar kesabaran saya dan mahu pemaju pembinaan rumah terbabit lebih peka jika mahu membuat sebarang projek,” katanya

Sementara itu, Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng yang melawat rumah mangsa tengah hari semalam berkata, Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) sudah mengarahka­n pemaju untuk bertanggun­gjawab terhadap kerosakan dialami rumah Muhammad Adnan.

Beliau berkata, pada masa sama, pegawai MBPP akan memantau kerja pembaikan rumah mangsa hingga ia selesai.

 ??  ?? MUHAMMAD Adnan menunjukka­n gambar tanah rumahnya yang mendap.
MUHAMMAD Adnan menunjukka­n gambar tanah rumahnya yang mendap.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia