Harian Metro

Banyak pihak tampil beri bantuan

-

Kuala Lumpur: “Kita mahu lebih banyak pihak tampil membantu supaya wanita warga emas ini dapat hidup lebih selesa walaupun tinggal sebatang kara,” kata Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Nadzim Johan.

Beliau mengulas mengenai wanita, Zaidah Mansor, 67, yang hidup dalam longgokan sampah di rumah sendiri di Ampang selain menderita bengkak kaki yang memerlukan rawatan.

Nadzim berkata, sebaik berita itu tersiar di akhbar ini Sabtu lalu, banyak pihak tampil memberikan sumbangan wang dan tenaga melalui PPIM.

“Malah, kita dihubungi Majlis Perbandara­n Ampang Jaya (MPAJ) untuk membantu mengeluark­an sampah dari rumah wanita ini, kita sangat hargai sokongan yang diberikan.

“Selain itu, PPIM turut dihubungi pengurusan sebuah universiti awam yang mahu menyediaka­n sukarelawa­n untuk membersihk­an rumah itu, terima kasih kepada semua pihak yang membantu,” katanya kepada Harian Metro.

Katanya, pihaknya masih menunggu pihak berkaitan terutama pakar kesihatan untuk tampil membantu Zaidah yang memerlukan rawatan bengkak kaki hingga membataska­nnya membersihk­an rumah.

“Kita mahu supaya wanita ini dapat kemudahan dan keselesaan apabila tinggal di rumah sendiri, saya tidak rasa soal kewangan menjadi masalah kerana dia mempunyai wang persaraan sendiri.

“Apa yang kita mampu lakukan ketika ini adalah membersihk­an rumah yang diduduki,” katanya.

 ??  ?? LAPORAN Harian Metro, 30 September lalu.
LAPORAN Harian Metro, 30 September lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia