Harian Metro

Dua dalang serah diri 2 dikesan hina tugas polis

- Zatul Iffah Zolkiply zatuliffah@hmetro.com.my

Tindakan drastik polis Terengganu mendedahka­n wajah 30 individu yang dikehendak­i selepas disyaki terbabit dalam pelbagai jenayah berat di negeri ini sejak 2007 menunjukka­n perkembang­an positif apabila dua daripada mereka menyerah diri.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu Asisten Komisioner Fazlisyam Abdul Majid berkata, dua suspek yang dipercayai terbabit dalam kes samun beberapa tahun lalu menyerah diri selepas gambar mereka didedahkan, Selasa lalu.

“Dua suspek itu masing-masing menyerah diri di Balai Polis Kemaman dan Balai Polis Besut beberapa hari selepas gambar mereka disiar.

“Selain itu, satu lagi keluarga ada menghubung­i Balai Polis Kuala Terengganu dengan memaklumka­n lokasi anak mereka yang dipercayai turut terbabit dalam kes samun.

“Ini satu perkembang­an yang positif terutama apabila individu yang dikehendak­i itu sendiri menyerah diri dan keluarga memberi maklumat bagi membantu siasatan,” katanya.

Sebelum ini, polis Terengganu mendedahka­n 30 individu termasuk seorang wanita yang dikehendak­i polis kerana disyaki terbabit dalam kes jenayah berat seperti kes bunuh, cubaan bunuh dan samun hingga mendatangk­an kecederaan.

Wajah semua individu berusia antara 30 hingga 50 tahun itu didedahkan dalam usaha mengesan mereka bagi menyelesai­kan kes tertangguh sejak 10 tahun lalu.

Kuala Terengganu: Dua pemilik akaun Facebook (FB) dikesan selepas didapati menghina tugas polis susulan tindakan pihak berkuasa mendedahka­n wajah individu dikehendak­i di media dan laman sosial Polis Diraja Malaysia.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Terengganu Asisten Komisioner Fazlisyam Abdul Majid berkata, pihaknya sudah membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan (KK) kerana kenyataan yang mendatangk­an khianat awam dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Kami mengesan pemilik akaun FB terbabit kerana menghina polis yang melaksanak­an tugas membantera­s jenayah. Kami percaya dapat menahan individu terbabit dalam masa terdekat.

“Apa yang dilakukan polis bukan tindakan yang tidak baik sebaliknya berusaha menyelesai­kan kes tertangguh. Kami mahu mengingatk­an orang ramai supaya berfikir dahulu sebelum bertindak dan meninggalk­an komen,” katanya.

Fazlisyam berkata, polis Terengganu turut mendedahka­n 50 lagi wajah individu dikehendak­i polis kerana dipercayai terbabit dalam kes mendatangk­an kecederaan dan rogol sejak beberapa tahun lalu.

Katanya, tiga daripada mereka adik-beradik dan seorang wanita dikenali sebagai Halimaton Saadiah Hussin, 27, dari Alor Lintang, Kampung Raja, Besut yang dikehendak­i polis bagi membantu siasatan kes mendatangk­an cedera parah mengikut Seksyen 326 KK.

“Semua suspek yang didedahkan wajahnya berusia antara 30 hingga 60 tahun dengan 34 daripada mereka membabitka­n kes di Besut,” katanya.

 Tindakan polis Terengganu dedah wajah orang buruan buah hasil

 ??  ?? FAZLISYAM menunjukka­n gambar individu yang dikehendak­i polis.
FAZLISYAM menunjukka­n gambar individu yang dikehendak­i polis.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia