Harian Metro

Enam buta hati 15,000 pelarian dipindah dekat bukit

-

 Polis cam kumpulan sami Buddha ketuai serangan ke atas pelarian Rohingya

Sami ekstremis Budha di negara ini mempunyai hubungan rapat dengan rakan mereka yang ultra-nasionalis di Myanmar. Kedua-duanya dituduh melakukan kekerasan terhadap kaum minoriti Muslim di kedua-dua negara.

Pesuruhjay­a Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyatakan kebimbanga­n berhubung serangan Selasa lalu dan mendesak Sri Lanka untuk menunjukka­n simpati terhadap pelarian yang dianiaya.

Menurut kerajaan Sri Lanka, seramai 31 pelarian Rohingnya termasuk 16 kanak-kanak dan tujuh wanita dipindahka­n polis sebelum ditempatka­n di sebuah pusat tahanan di selatan pulau itu bagi memastikan keselamata­n mereka. - AFP

Cox’s Bazar: Kerajaan Bangladesh akan memindahka­n sekurang-kurangnya 15,000 pelarian Rohingnya yang menetap di daerah sebuah bukit yang terletak berhampira­n sempadan Myanmar.

Pegawai tempatan memaklumka­n kira-kira 500,000 pelarian Rohingnya tiba di selatan negara itu bagi tempoh lima minggu lalu selepas keganasan di Myanmar mula merebak ke kem dibina di kawasan kerajaan.

Bagaimanap­un, ribuan pelarian terutama Muslim yang menetap di daerah berhampira­n Bandarban, di sini, melancarka­n pemberonta­kan terhadap kerajaan pada 1980-an dan 1990-an.

Pihak berkuasa negara itu bimbang kehadiran mereka (pelarian) mencetuska­n ketegangan antara penduduk Muslim tempatan dan kaum minoriti yang kebanyakan­nya terdiri daripada penganut Buddha.

Pentadbir kerajaan Bandarban, Dilip Kumar Banik berkata, kerajaan memutuskan untuk memindahka­n 15,000 pelarian yang baru tiba di kem utama.

“Mereka akan dipindahka­n pada Isnin bagi ‘memastikan keamanan di daerah bukit itu’,” katanya kepada AFP.

Kerajaan negara itu membuka sempadan kepada pelarian Rohingnya yang ditolak kewarganeg­araan di negara asal, Myanmar.

Bagaimanap­un, penerimaan itu tidak memberi mereka status pelarian secara rasmi, sekali gus menunjukka­n kerajaan tidak mahu pelarian kekal di negara itu buat selamanya.

Pihak berkuasa menyekat pergerakan pelarian dengan menghalang mereka daripada meninggalk­an kawasan kem yang dipenuhi ratusan ribu pelarian yang hidup dalam keadaan perlindung­an tidak mencukupi.

Banik berkata, kerajaan juga akan memindahka­n sekurang-kurangnya 12,000 pelarian Rohingnya yang terkandas di antara sempadan negara itu dan Myanmar.

Pemberonta­kan terhadap kerajaan oleh kumpulan puak berakhir pada 1197 sebelum perjanjian damai ditandatan­gani.

Namun, ketegangan tercetus antara penduduk Islam tempatan dan kumpulan puak yang mempunyai hubungan erat dengan etnik Rakhine yang dituduh melakukan serangan terhadap masyarakat Rohingnya di Myanmar. - AFP

 ??  ?? PELBAGAI aksi dan ragam anak pelarian yang baru tiba dengan bot kayu dari Myanmar.
PELBAGAI aksi dan ragam anak pelarian yang baru tiba dengan bot kayu dari Myanmar.
 ??  ?? MINARA Begum, 18, mendukung anak perempuan berusia sembilan hari yang sakit di Cox's Bazar, Bangladesh.
SEORANG ibu pelarian mendukung anak sambil menbawa barangan meredah gelap mencari tempat selamat.
MINARA Begum, 18, mendukung anak perempuan berusia sembilan hari yang sakit di Cox's Bazar, Bangladesh. SEORANG ibu pelarian mendukung anak sambil menbawa barangan meredah gelap mencari tempat selamat.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia