Harian Metro

Sekampit Beras Untuk Rohingya

-

Kuala Lumpur: Kerajaan negeri Terengganu yakin jumlah kutipan bagi Tabung Terengganu Untuk Rohingya Anak Perantauan sempena kempen Sekampit Beras Untuk Rohingya mampu melepasi sasaran kutipan RM1 juta menjelang akhir Oktober ini berdasarka­n sambutan luar biasa yang diterima oleh seluruh anak negeri itu.

Menteri Besarnya Datuk Seri Ahmad Razif

Abd Rahman berkata, sejak dilancarka­n di peringkat negeri, kutipan kini mencecah RM600,000 dan kempen akan diperluask­an ke seluruh negara untuk mengajak semua anak Terengganu menyertai usaha membantu etnik Rohingya yang ditindas dengan kejam di Myanmar.

“Apabila kempen dilancarka­n pada 19 September baru-baru ini di Kuala Terengganu, skopnya cuma di peringkat awal dan ia berjaya mengutip RM600,000 berbanding sasaran RM1 juta. “Kita kemudian membawa program ini ke Lembah Klang dan akan dilancarka­n ke seluruh negara bagi mengajak semua anak Terengganu di perantauan menyertai usaha ini. Program ini dilihat menerima sambutan luar biasa dan dengan kesungguha­n yang ada, sudah pasti kita dapat mencapai lebih daripada sasaran menjelang akhir bulan ini.

“Ia tidak termasuk sumbangan daripada pihak korporat, syarikat berkaitan kerajaan (GLC) serta golongan usahawan,” katanya selepas melancarka­n tabung itu yang diagihkan kepada 20 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Anak Terengganu, di sini, semalam.

Hadir sama Pengerusi Jawatankua­sa Belia dan Sukan Negeri Datuk Rozi Mamat serta Pengerusi Jawatankua­sa Kesihatan, Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri, Roslee Daud.

Sempena majlis itu, Ahmad Razif turut menyampaik­an bantuan persediaan dan pembelian komputer kepada 130 mahasiswa anak Terengganu perantauan untuk melanjutka­n pengajian mereka ke institusi pengajian tinggi (IPT).

Ahmad Razif berkata, pihaknya menunggu lampu hijau daripada Wisma Putra dan Mercy bagi membolehka­n seramai 50 orang Skuad Sukarelawa­n Transforma­si Terengganu Baharu (TTB) dapat dihantar ke kem pelarian.

 ??  ?? AHMAD Razif (tiga kanan, belakang) bersama dengan anak-anak Terengganu yang menerima bantuan persediaan ke IPT.
AHMAD Razif (tiga kanan, belakang) bersama dengan anak-anak Terengganu yang menerima bantuan persediaan ke IPT.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia