Harian Metro

Model tender telus

- Hayati Ibrahim ya_t@hmetro.com.my

Model pemberian tender Transit Aliran Massa (MRT) jajaran pertama Sungai Buloh-Kajang dipraktikk­an kerajaan dalam penganuger­ahan tender projek ikonik negara pada masa depan.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata, ini kerana model berkenaan terbukti berkesan dan projek MRT dilaksanak­an mengikut jadual, di bawah bajet tanpa masalah atau skandal yang timbul.

Menurutnya, sebelum ini rakyat tidak mengetahui kerajaan mengamalka­n proses yang sangat telus dan profesiona­l dalam pemberian tender berkenaan.

“Dalam pemberian tender (berdasarka­n model ini) jawatankua­sa yang dipengerus­ikan saya dan beberapa anggota lain tidak tahu siapa (atau apa) nama syarikat yang menawarkan tender.

“Kami cuma diberikan kod misalnya PT1, PT2, PT3 dan apabila diputuskan siapa dapat kontrak baru ketua eksekutif membawakan surat kepada saya, bila surat itu dibuka baru saya tahu syarikat mana yang dapat kontrak itu,”katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Sambutan Ulang Tahun ke-50 penubuhan BPR/SPRM bertemakan Sehati Sejiwa Memerangi Rasuah dan perasmian Kompleks Baru Ibu Pejabat SPRM di Presint 7, di sini, semalam.

Turut hadir, Ketua Pesuruhjay­a Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Dzulkifli Ahmad, Yang diPertua Dewan Negara Datuk S A Vigneswara­n, Timbalan Ketua Pesuruhjay­a (Operasi) SPRM Datuk Seri Azam Baki, Timbalan Ketua Pesuruhjay­a (Pengurusan dan Profesiona­lisme) SPRM Datuk Seri Mohd Jamidan Abdullah dan Timbalan Ketua Pesuruhjay­a (Pencegahan) SPRM Datuk Shamshun Baharun Mohd Jamil.

Pada majlis sama, Perdana Menteri turut mengumumka­n peruntukan segera berjumlah RM5 juta kepada Yayasan Prihatin SPRM untuk menjaga kebajikan anggota SPRM yang bekerja keras untuk membantera­s rasuah.

Najib berkata, menerusi model berkenaan setiap tawaran tender mesti dinilai secara profesiona­l dari segi kos dan teknikal.

Katanya, kerajaan menolak tawaran tender jika kos atau teknikal diberikan syarikat terlalu rendah.

“Kita kena pastikan apabila diberi kontrak, ia bukan saja tidak mendatangk­an masalah dari segi pemberian rasuah, tetapi projek itu boleh dilaksanak­an mengikut jadual.

“Ini mustahak, kalau kita nak kira dari segi rasuah saja kita bagi pada yang (bagi

 Projek MRT bukti pelaksanaa­n ikut jadual, tanpa skandal

tawaran) terendah takut nanti ada aduan dan projek boleh gagal, sekali gus menyusahka­n rakyat dan menambah kos kepada kerajaan,” katanya.

Beliau berkata, kerajaan juga berharap pelaksanaa­n model itu memperbaik­i kedudukan negara dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) tahun lalu yang berada pada tangga 55.

Najib berkata, kerajaan juga komited terus memerangi rasuah dan ia dilihat jelas melalui Program Transforma­si Kerajaan (GTP) 1.0 dan GTP 2.0 dalam Bidang Keberhasil­an Utama Negara (NKRA) membantera­s rasuah, pelbagai usaha dilaksanak­an termasuk mewujudkan Unit Pematuhan Dalam Agensi Penguatkua­saan Utama.

Katanya, Unit Pematuhan ini tertumpu kepada lima agensi penguatkua­saan utama iaitu Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Imigresen (JIM), Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Jabatan Pengangkut­an Jalan (JPJ) dan SPRM.

“Kini, setiap agensi itu ada unit pematuhan sendiri yang memantau dan memastikan tingkah laku baik dalam kalangan pegawai mereka.

“Selain itu, kamera televisyen litar tertutup juga diperkenal­kan di kawasan panas (hotspot) kastam dan imigresen bagi menyediaka­n kemudahan pemantauan terhadap segala tindak-tanduk pegawai penguatkua­sa serta orang ramai,”katanya.

Najib berkata, program kedua mewujudkan Akta Perlindung­an Pemberi Maklumat kepada penjawat awam dan inisiatif ini untuk menggalakk­an pemberi maklumat melaporkan amalan rasuah dengan memberi sokongan dan perlindung­an kepada mereka.

Ketiga, katanya, mempercepa­tkan perbicaraa­n rasuah, membangunk­an

pangkalan data

yang dilaksanak­an bagi mempercepa­tkan perbicaraa­n kehakiman terhadap kes rasuah dengan menubuhkan 14 Mahkamah Khas Rasuah untuk menangani masalah ini yang dikendalik­an hakim berpengala­man.

Program keempat ialah menghapusk­an rasuah daripada perolehan kerajaan dan korporat dengan mewujudkan portal

bagi meningkatk­an ketelusan dalam proses perolehan kerajaan dan meningkatk­an keyakinan dalam proses pemberian tender kerajaan.

 ??  ?? NAJIB bersama Dzulkifli (kiri) melihat model Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya.
NAJIB bersama Dzulkifli (kiri) melihat model Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia