Harian Metro

Pasti beres dalam sebulan

- Mohd Nasif Badruddin mnasif@hmetro.com.my

 Kabinet bakal bincang RUU Profesion Kerja Sosial sebelum dibawa ke Parlimen

Timbalan Perdana Menteri akan memastikan Rang Undang-Undang (RUU) Profesion Kerja Sosial akan dibentang ke Kabinet dalam tempoh sebulan sebelum dibawa ke Parlimen.

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, RUU itu kini dalam peringkat draf serta proses di Pejabat Peguam Negara dan beliau yakin Menteri Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim akan membawa perkara itu ke Kabinet dalam tempoh terdekat.

Mengulas mengenai kelewatan RUU itu dibentangk­an di Petaling Jaya: Polis menahan lelaki disyaki aktif melakukan curi motosikal hasil serbuan di Jalan PJS 2/3 Taman Medan, kelmarin.

Sumber polis berkata, suspek berusia 40-an terbabit ditahan sepasukan anggota yang melakukan Rondaan Cegah Jenayah (RJC) di kawasan terbabit.

“Sewaktu rondaan anggota terserempa­k dengan lelaki berkenaan sedang menunggang motosikal dalam keadaan mencurigak­an. Parlimen, beliau berkata, mungkin ada beberapa aspek teknikal terutamany­a dari segi perundanga­n yang menyebabka­n ia tertangguh.

“Ini kerana sesuatu akta atau perundanga­n yang mahu dibentangk­an mesti mengambil kira semua aspek.

“Bukan hanya aspek yang berlaku ketika ini, ia harus berlaku dan kesahan (validity) 50 tahun dari sekarang supaya pelbagai aspek dapat diberikan dan kita mesti melebihi jangkauan unjuran permasalah­an yang timbul pada masa akan datang,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas menyempurn­akan Majlis Perasmian Bulan Kebajikan Negara 2017 di Pusat Latihan Perindustr­ian dan Pemulihan (PLPP) di sini, semalam.

Dalam majlis itu juga, Timbalan Perdana Menteri turut melancarka­n portal Beautiful Life For Seniors yang dikenali sebagai Belfos serta menyampaik­an anugerah dan penghargaa­n kepada warga emas, kanak-kanak, orang kurang upaya, sukarelawa­n, agensi kerajaan dan syarikat korporat.

Ahmad Zahid berkata, Perdana Menteri juga mengarahka­n supaya satu sesi khas menerusi taklimat khas dibuat bagi mencari pendapat untuk menyelesai­kan kebejatan sosial dalam kalangan juvana seperti penagihan dadah dan kehamilan pada usia muda.

“Saya harap Kementeria­n (Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat) juga akan menjadi sekretaria­t kepada taklimat khas ini supaya kita dapat membabitka­n lebih ramai pihak untuk bukan hanya sekadar memberi pandangan tetapi juga jalan penyelesai­an terbaik kepada masalah yang semakin membimbang­kan,” katanya.

 ?? Zahid ?? Mungkin ada beberapa aspek teknikal terutamany­a dari segi perundanga­n yang menyebabka­n ia tertangguh”
Zahid Mungkin ada beberapa aspek teknikal terutamany­a dari segi perundanga­n yang menyebabka­n ia tertangguh”
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia