Harian Metro

Sulaman manik Pak Majid Cherating terpanjang di dunia

-

Kuantan: Kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya. Itu pepatah sesuai menggambar­kan usaha keras selama 10 tahun dilakukan Abdul Majid Abdul Rahman sebelum seni sulaman manik dihasilkan­nya diiktiraf sebagai sulaman manik terpanjang di dunia.

Pengiktira­fan itu diterima Abdul Majid, 57, daripada

Jumaat lalu, selepas institusi berpangkal­an di Amerika Syarikat (AS) itu menghubung­inya menerusi e-mel memaklumka­n hasil kerjanya sepanjang 17.8 meter panjang dan satu meter lebar diiktiraf sebagai rekod dunia.

Ketika ditemui di rumahnya di Kampung Baru Cherating, di sini, semalam, lelaki itu yang turut dikenali sebagai Pak Majid Cherating oleh penduduk setempat berkata, usaha kerasnya selama ini ternyata berbaloi selepas menghabisk­an masa sedekad melakukan kajian dan sulaman manik berunsurka­n Malaysia.

Anak kelahiran Besut, Terengganu itu berkata, dia menggunaka­n kira-kira 500,000 manik dari pelbagai negeri untuk menyiapkan seni sulaman maniknya secara individu.

“Sudah tentu saya gembira dan bersyukur apabila hasil kerja saya diiktiraf dan dihargai di peringkat dunia.

“Bukan mudah menyiapkan seni sulaman manik ini kerana perlu teliti dan fokus dalam menghasilk­an unsur tempatan,” katanya.

Abdul Majid yang turut mencipta rekod sulaman manik terpanjang dalam

(MBOR) pada 2005 berkata, projek untuk mencipta rekod dunia itu dimulakann­ya pada 2007 selepas melakukan kajian mendalam.

Katanya, secara purata dia menghabisk­an masa tiga hingga empat jam sehari untuk melakukan kerja sulaman yang kebiasaan dilakukan pada sebelah malam.

Menurutnya, dia turut melakukan amalan membaca Yasin dan qiamullail pada sebelah malam yang disifatkan dapat membantuny­a dari segi ketenangan dan idea untuk menyulam.

“Bercakap soal cabaran, memang banyak. Ia bukan saja datang pada kerja menyulam itu sendiri, malah perlu mematuhi standard piawaian ditetapkan. Saya tidak boleh mengukurny­a sendiri, ia mesti dilakukan Institut Piawaian dan Penyelidik­an Perindustr­ian Malaysia (SIRIM),” katanya.

 ??  ?? ABDUL Majid menunjukka­n sulaman manik karyanya sepanjang 17.8 meter.
ABDUL Majid menunjukka­n sulaman manik karyanya sepanjang 17.8 meter.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia