Harian Metro

Wajib solat ketika fikiran waras

-

Dua bulan lalu, ibu mentua saya berusia 88 tahun terkena strok dan ingatannya sekejap baik dan sekejap tidak.

Adakah wajib ke atasnya untuk mengerjaka­n solat?

Solat adalah salah satu Rukun Islam dan solat juga adalah perkara pertama yang akan ditanya di akhirat kelak oleh Allah SWT.

Oleh itu, kita tidak boleh mengambil mudah dalam isu solat ini. Antara syarat sah dan wajib solat adalah: Islam

Baligh

Berakal (waras)

Suci daripada hadas

(Lihat: al-Muktamad, 199)

Berakal adalah salah satu syarat wajib solat kerana hukum syarak berkait rapat dengan akal. Untuk itu, tidak wajib solat bagi orang yang gila, pengsan, mabuk dan seumpamany­a kerana pada waktu itu akal mereka sudah hilang.

Ini dinyatakan dalam sebuah hadis diriwayatk­an Ali bin Abi Thalib RA,

Nabi SAW bersabda yang bermaksud: “Diangkat pena daripada tiga golongan: daripada orang yang tidur sehingga dia bangun, daripada bayi sehingga dia baligh dan daripada orang gila sehingga dia sedar.” (Riwayat Abu Daud)

Ulama mengqiyask­an setiap orang yang hilang akal mereka dengan orang gila sama ada dalam tempoh masa sekejap atau lama.

Jika dia sembuh dan berbaki masa untuk solat (bertakbir), maka wajib baginya untuk solat tetapi tidak wajib dia mengqadaka­n solat dalam tempoh itu

(hilang akal). (Lihat: al-Muktamad, 155)

Kesimpulan­nya, solat tidak gugur dan wajib ditunaikan ketika ingatannya dalam keadaan baik.

Namun, jika ingatannya dalam keadaan tidak baik, maka solat pada waktu itu tidak wajib ditunaikan dan tidak perlu diqada solat yang ditinggalk­an ketika itu.

Dua pembahagia­n bagi orang yang hilang akal:

1. Tempoh lama: Jika seseorang itu hilang akalnya dalam tempoh lama mengikut uruf, maka pada waktu itu tidak wajib baginya untuk solat dan tidak wajib dia mengqadaka­n solat yang ditinggalk­an dalam tempoh berkenaan.

Namun, jika dia sedar dan masih berbaki waktu solat, maka wajib baginya menunaikan solat pada waktu yang berbaki itu.

2. Tempoh yang sekejap: Jika seseorang itu hilang akalnya dalam tempoh sekejap dan tempoh ini diukur dengan uruf.

Maka, dia wajib solat ketika waktunya masih berbaki. Sebaik-baiknya, dia mengqadaka­n solat yang ditinggalk­an dalam tempoh itu jika tidak menyukarka­nnya.

Sumber: Al-Kafi Li Al-Fatawi, Pejabat Mufti Wilayah Persekutua­n

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia