Harian Metro

KUASA DI SEBALIK SEHELAI TUDUNG

- Sudirman Mohd Tahir sudirman@hmetro.com.my (Yang menemu bual Andy Lau & Donnie Yen di Hong Kong, baru-baru ini. Terima kasih Lotus Five Star)

Kuasa penampilan bertudung membawa 1,000 pengertian dalam hidup pelakon dan

pengacara popular Neelofa. Tidak pernah terlintas di hatinya untuk membuka tudung walaupun dilantik menjadi duta jenama antarabang­sa dan dikecam

bertubi-tubi oleh netizen. Menurut Neelofa, sejak bertudung tiga tahun lalu, banyak perubahan besar berlaku dalam hidupnya sehingga membawa kejayaan demi

kejayaan. “Saya tidak pernah terlintas dan tidak akan sesekali membuka tudung. Ia membawa kepada siapa saya sekarang dan banyak perubahan besar berlaku dalam hidup. “Apa tidaknya, ketika di New York untuk MiSK-UNPD Youth Forum baru-baru ini, saya menjadi antara speaker wanita muda

bertudung dari negara yang asing bagi mereka dan alhamdulil­lah imej ini yang

membuka mata mereka. Watak aksi cukup sinonim dengan dua bintang tersohor Hong Kong ini. Kredibilit­i sebagai pelakon berpengala­man lebih 30 tahun meletakkan mereka dalam kelas tersendiri.

Tidak hanya di negara sendiri, nama Andy, 56, dan Donnie, 54, juga terpahat di peringkat antarabang­sa apabila kebanyakan filem lakonan mereka ditayangka­n di luar negara.

Perkara itu membuatkan kedua-dua pelakon ternama ini mempunyai ramai peminat di beberapa negara termasuk Malaysia.

Menariknya, pada usia lebih 50 tahun, Andy dan Donnie masih menjadi pilihan penerbit dan pengarah untuk berlakon dalam filem aksi.

Terbaru, mereka muncul dalam filem Chasing The Dragon yang mula ditayangka­n di seluruh negara sejak Khamis lalu.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia