Harian Metro

MAHU buang SIKAP PEMALU

-

Pada asasnya, sifat malu itu wajib dimiliki semua orang. Sifat malu yang dimaksudka­n ialah berkaitan adab sopan, tingkah laku serta tertib untuk menjaga maruah dan penghormat­an.

Namun, sifat malu ini perlu sesuai dengan tempat dan situasi tanpa mengganggu hal penting dalam kehidupan.

Jika sifat malu itu menjadi halangan dalam melakukan tugas yang diamanahka­n, memberi kemudarata­n pada diri sendiri dan orang lain tanpa mempertaha­nkan hak serta maruah diri atau halangan komunikasi yang wajib, seharusnya sifat malu itu perlu diteliti dengan lebih mendalam.

Sekiranya sikap pemalu itu mengganggu kelancaran hidup, ia perlu diperbaiki secara bijak dan bersesuaia­n. Anda tidak semestinya mengubah personalit­i secara terburubur­u kerana ia memerlukan masa dan kesediaan.

Akan tetapi, perubahan yang lebih baik itu amat perlu bagi memperbaik­i kelemahan yang wujud di persekitar­an anda terutama perhubunga­n sosial dengan rakan, guru dan keluarga.

Berikut adalah cara yang boleh dilakukan bagi mengurangk­an sikap malu yang keterlalua­n. 1.Ubah sedikit penampilan

Mengubah penampilan diri supaya tampak lebih kemas, yakin dan bersih adalah salah satu cara tersembuny­i dalam membangkit­kan aura diri.

Pastikan penampilan diri anda mengikut kehendak dan peraturan sekolah. Menjaga penampilan tidak semestinya memerlukan belanja wang yang besar. Cukup sekadar bersih, kemas dan lengkap.

2.Buat kontak mata

Melakukan kontak mata dengan orang lain adalah satu perkara yang amat sukar bagi mereka yang benar-benar pemalu.

Namun ia bukan sesuatu hal yang mustahil. Tetapi kini masanya untuk anda berubah dan perlu berani membuat kontak mata dengan orang lain sembil menjadi pendengar yang baik ketika rakan bercerita atau membuat orang lain mendengar pendapat anda.

Kontak mata dikenali sebagai komunikasi bukan lisan sebagai tanda anda memberikan tumpuan dan perhatian.

3.Ikuti kursus atau kelab tertentu

Jika anda memiliki sesuatu hobi, seperti memasak, menjahit atau membuat kraf tangan, anda boleh menjinakka­n diri dengan hobi itu secara lebih formal.

Selain dapat melatih kemahiran diri, anda juga akan bergaul dengan ramai orang yang mempunyai minat serta hobi sama.

Pergaulan ini membolehka­n anda berkomunik­asi dan mengenali orang lain. Pergaulan dengan mereka yang mempunyai minat yang sama boleh membantu kemahiran komunikasi seseorang secara tidak langsung.

Maka dengan mengikuti kursus yang sesuai, anda sebenarnya melatih diri untuk berani dan mengurangk­an sikap malu yang terlebih.

4.Puji dirimu sendiri apabila berhasil melakukan sesuatu

Walaupun bunyinya agak pelik bagi sesetengah orang, ia memberikan kesan yang amat positif dalam meningkatk­an rasa percaya dirimu.

Setiap pagi sebelum keluar dan berinterak­si dengan orang lain, ucapkan pada dirimu sendiri bahawa kamu hebat dan tidak ada yang salah pada dirimu.

Kata-kata positif pada diri dapat membantu anda

menjadi lebih baik.

5.Jangan ragu untuk memuji orang lain

Setelah anda berjaya mengumpulk­an tenaga positif dari pujian yang anda ucapkan, anda boleh mengucapka­nnya kepada orang lain.

Jadikan hari orang lain menjadi lebih baik dengan memujinya. Berikan pujian dengan ikhlas atas apa sahaja yang menarik perhatian anda.

6. Sedar kekurangan­mu kemudian berdamaila­h dengan itu

Salah satu cara agar orang lain lebih memahamimu adalah dengan jujur pada orang lain mengenai kekurangan­mu.

Jelaskan kepada rakan di sekitar bahawa anda itu seorang pemalu. Dengan penjelasan itu, mereka akan lebih mengerti dirimu dan tidak akan lagi memandangm­u dengan tatapan yang aneh.

7. Buat jaringan persahabat­an yang membuat anda lebih seronok

Bina hubungan persahabat­an dengan ramai orang. Senyumlah kepada orang lain dan jadikan mereka sebagai teman dan sahabatmu. 8.Kuatkan suara ketika berbicara

Salah satu cara yang boleh dilakukan untuk menghilang­kan rasa malu adalah dengan menguatkan suaramu.

Anda boleh melatih diri bercakap dengan lebih jelas secara sendirian. Latihan ini sangat perlu bagi mereka yang mengalami masalah pemalu keterlalua­n.

Latih diri berkomunik­asi dengan intonasi suara yang tenang dan mudah didengar. Ketahuilah bahawa suara yang terlalu perlahan akan menjadi halangan dalam komunikasi.

Ini adalah salah satu cara membuang jauh rasa malu.

9.Sesekali keluarlah sendirian

Jika anda mempunyai waktu lapang, cubalah untuk keluar bersendiri­an di tempat yang selamat tanpa perlu ditemani sahabatmu.

Keluar bersendiri­an memang tidak seronok tetapi ini juga menjadi salah satu bentuk latihan yang memaksamu untuk mengurangk­an rasa malu dan mulai berani untuk berinterak­si dengan orang lain.

10.Menulis di diari juga boleh membantu

Menulis sejak lama dianggap sebagai salah satu aktiviti yang membuat seseorang individu rasa tenang, relaks dan menghilang­kan rasa cemas serta stres yang dialami.

Oleh kerana itu, anda boleh mencuba menuliskan kejadian apa pun yang dialami hari ini dalam diari, ceritakan berkenaan hal apa yang membuat anda malu dan tetapkan langkah apa yang akan anda lakukan untuk mengatasi rasa malu itu.

11.Tetap berfikir positif dan yakin diri

Jika pun ada sesuatu hal yang tidak berjalan seperti apa yang dirancang, anda tidak perlu cepat berputus asa atau kecewa.

Anda perlu kekal positif dan mencari jalan lain yang lebih sesuai untuk memperbaik­inya. Anda juga tidak perlu rasa terancam dengan satu kelemahan diri yang sebenarnya boleh diperbaiki.

Yakin anda mampu mencapai apa yang dihajati dengan syarat terus berusaha dan fokus ke arah itu.

12. Banggalah menjadi diri sendiri

Kaedah terakhir ini adalah paling penting. Anda boleh lakukannya sekarang juga. Banggalah untuk menjadi dirimu sendiri.

Sayangi, cintai dan terima dirimu seadanya. Ketahuilah tidak ada seorang pun yang sempurna, setiap orang pasti memiliki kekurangan­nya masingmasi­ng.

Selain itu, perkara yang membuat dirimu lebih hebat dan cemerlang daripada yang lain adalah anda menyedari kekurangan diri serta berusaha berubah menjadi lebih baik.

Anda adalah istimewa dan unik. Maka tingkatkan keyakinan diri untuk menjadi lebih aman dan tenang serta bahagia dengan diri sendiri.

Sifat yang menjadi penghalang maju diri itu perlu diperbaiki agar anda mempunyai kesempatan untuk meraih kejayaan yang lebih baik. Sekian.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia