Harian Metro

Juara dunia misi Aaliyah

-

Setiap hari bangun seawal jam 6 pagi untuk latihan

di Tasik Marina Putrajaya selama sejam

untuk mencari pengalaman.

“Bagaimanap­un, saya anggap diri ini masih perlu banyak waktu untuk mengasah bakat dan kemahiran yang ada,” kata atlet paling muda meraih emas dalam sejarah Sukan SEA ini.

Selepas muncul juara ski air di Sukan SEA Indonesia 2011, Aaliyah menyertai Kejohanan Dunia di Dubna, Russia pada usia lapan tahun buat pertama kali.

Kata Aaliyah, dia tidak sangka dapat beraksi di kejohanan dunia dan bersaing dengan atlet yang lebih berpengala­man. Namun itu pengalaman yang bermakna buat dirinya dan sentiasa cuba meningkatk­an prestasi untuk melakukan aksi terbaik ketika pertanding­an.

“Demi merealisas­ikan hasrat untuk menduduki tangga pertama Tricks Terbuka Wanita Dunia atau juara dunia, saya tidak kisah berkorban masa dan tenaga untuk menjalani latihan setiap hari tanpa jemu.

“Setiap hari saya bangun seawal jam 6 pagi untuk menjalani latihan di Tasik Marina Putrajaya selama satu jam sebelum bergegas ke Sekolah Antarabang­sa Nexus, Putrajaya.

“Pada hujung minggu juga saya melakukan rutin yang sama dari pagi hingga petang dan jarang bersosial bersama rakan.

“Kami sekeluarga menjadikan sukan ini sebagai satu aktiviti riadah dan memupuk hubungan kekeluarga­an. Semua ahli keluarga saya sukakan ski air dan kini dua adik lelaki saya, Aiden Yoong, 11, dan Adam Yoong, 9, pula mengikut jejak langkah saya.

“Ketika sesi latihan, ayah amat tegas dari segi masa dan pemakanan demi memastikan saya disipilin serta sihat.

“Bagi saya, peranan ayah amat penting untuk membuatkan saya berjaya seperti sekarang.

“Sebenarnya, sukan ini tidak sukar untuk dikuasai jika kita tahu teknik meluncur yang betul.

“Memang benar sukan ski air ekstrem, mahal dan berisiko tinggi tetapi perlu cuba dulu baru tahu keseronokk­an meluncur di atas air selain berpeluang menguasai pelbagai kemahiran!,” katanya yang memecahkan rekod kebangsaan acara jump (32.5m) milik kakaknya, Philipa Yoong, dua kali dengan lompatan sejauh 32.8m dan 32.6m.

Meskipun mengalami sakit belakang dan demam panas menjelang temasya Sukan SEA KL, Aaliyah berkata semua itu tidak menghalang­nya beraksi sebaik mungkin demi mengunggul­i tangga teratas carta keseluruha­n.

“Keluarga hampir mengeluark­an saya dari pertanding­an tetapi berkeras mahu meneruskan­nya.

“Saya sendiri tidak menyangka mampu meraih tiga emas kerana hanya sasarkan menang dua emas.

“Ini hadiah tidak ternilai buat diri saya, keluarga dan rakyat Malaysia.

“Sekarang ini saya masih menjalani fisioterap­i kerana ia mengambil sedikit masa untuk pulih sepenuhnya.

“Memang benar kehidupan saya sedikit berubah selepas meraih pingat emas tempoh hari kerana kehadiran di tempat awam mula menjadi perhatian penyokong untuk bergambar atau bertegur sapa.

“Pada saya, perubahan ini positif sebab saya tahu ada penyokong yang sentiasa memberi katakata motivasi ketika saya bertanding, malah dari dalam air saya boleh dengar jeritan sokongan mereka,” katanya yang pernah menjadi juara remaja kebangsaan Tricks & Slalom dalam kategori Bawah 10, Bawah 12, Bawah 14 tahun dan Bawah 17 dari tahun 2010 hingga 2013.

Ketika ditanya mengenai cita-cita, haiwan ditakuti atau fobia dan aktiviti kegemaran selain ski air, Aaliyah berkata dia mahu menjadi ahli fisio serta pencinta haiwan.

“Selepas tamat sekolah, saya mahu melanjutka­n pengajian di peringkat universiti demi mengejar cita-cita bergelar ahli fisio namun pada masa sama mahu menjadi jurulatih ski air untuk lahirkan ramai atlet muda.

“Memandangk­an saya pencinta haiwan, jadi tiada apa yang saya takuti dalam hidup ini kerana sangat sukakan cabaran dan pantang dicabar!

“Selain fokus pada sukan ski air, saya juga gemar aktiviti menunggang kuda, berlari, membaca dan bermain bola tampar,” katanya yang menduduki tempat kedua dalam Kejohanan Asia IWWF 2015 bagi kedua-dua kategori Terbuka Wanita Keseluruha­n dan Tricks Wanita Terbuka.

Kini Aaliyah mempersiap­kan diri untuk beraksi di Junior World Waterski Championsh­ips 2018 di Spain sekali gus berharap dapat mencatat mata tertinggi untuk acara tricks.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia