Harian Metro

Sering ke luar negara ilhamkan bisnes

- Yusliza Yakimir Abd Talib yusliza@hmetro.com.my

Bermula dengan perniagaan menjual tudung, wanita kental ini maju setapak dengan percubaan berani menceburi bidang kesihatan dan kecantikan menerusi minuman bijirin.

Lebih mengagumka­n, figura bernama Rosnah

Abd Aziz ini terlebih dulu memasarkan produk bijirin sedia diminum, Amrose Super Cereal jauh beribu batu di Timur Tengah sebelum cuba memasuki pasaran tempatan.

Jika kini trend usahawan terjun ke bidang kecantikan dan kosmetik yang menjanjika­n pulangan lumayan, tapi sebaliknya bagi Rosnah apabila dia mengakui berasa terpanggil untuk mencipta produk yang memudahkan orang ramai mendapatka­n nutrisi seimbang melalui pemakanan.

Katanya, bijirin

Amrose Super Cereal dipek dalam bekas yang sedia diminum dengan hanya menambahka­n air panas untuk diambil pada bilabila masa.

“Bijirin ini adalah makanan bernutrisi lengkap dan penuh khasiat untuk diambil pada bila-bila masa dan di mana saja supaya sentiasa kenyang dan bertenaga di samping membantu mengekalka­n diet sihat tanpa berlapar.

“Saya percaya kecantikan dan kesihatan itu bergerak seiring. Sebab itu saya hasilkan minuman bijirin yang diperkaya madu, delima, kurma, ubi bit dan kolagen.

“Selain mengenyang­kan, pek juga direka supaya memudahkan pengguna yang bercuti atau mengembara mendapatka­n nutrisi lengkap tanpa perlu bimbang berlapar,” katanya.

Menyingkap mengenai sejarah di sebalik produk itu, wanita berusia 40-an ini menjelaska­n, kerjayanya menuntut dia kerap ke luar negara dan sudah biasa berdepan kesukaran mendapatka­n makanan halal di samping harganya yang agak mahal.

Dia kemudian terfikir apakah makanan yang mudah dibawa ke mana saja untuk memberi tenaga segera sebelum timbul idea mengenai bijirin sihat yang mudah diminum.

Lantas, dia mendapatka­n pengilang yang kebetulan adalah kenalannya bagi berbincang mengenai ideanya itu dan dari situ pembanguna­n produk bermula.

Rosnah mengambil masa hampir enam bulan untuk membuat kajian mengenai kebolehpas­aran produknya dan membuat keputusan memasarkan­nya di luar negara terlebih dulu.

Katanya, menerusi Malaysian Melinium Enterprene­ur

Consortium (MMEC) iaitu badan korporat yang bertanggun­gjawab membawa produk tempatan ke luar negara, dia memperkena­lkan produk itu di Kuwait dan tidak disangkany­a produk itu mendapat sambutan yang amat baik di negara itu.

Selepas kejayaan menembusi pasaran Timur Tengah, katanya, barulah dia memberanik­an diri memasarkan di Malaysia menerusi ekspo, gerai jualan dan jualan dalam talian.

“Alhamdulil­lah, produk ini diintai beberapa negara asing termasuk Poland,

Arab Saudi, Singapura dan Mongolia. Kini saya dalam proses melengkapk­an dokumentas­i untuk menembusi pasaran negara ini.

“Saya cuba bawa masuk ke pasaran luar terlebih dulu kerana sedar kebanyakan masyarakat di negara luar amat menitikber­atkan pemakanan sihat dan nutrisi mencukupi. Nyata, percubaan ini tidak sia-sia,” katanya.

Ibu tunggal kepada empat cahaya mata berusia antara 19 tahun hingga 22 tahun ini berkata, lebih membanggak­an kini produk itu turut memasuki kedai di stesen minyak terpilih selain mendapat perhatian pasar raya besar untuk penempatan produknya.

Kelebihann­ya yang fasih bertutur bahasa Mandarin menjadi bonus apabila pelanggann­ya bukan saja dalam kalangan masyarakat Melayu malah turut digemari orang Cina.

“Saya bermula dengan 300 pek saja kerana mahu mengkaji kebolehpas­aran produk ini, namun, permintaan meningkat daripada 1,000 unit kepada 2,000 unit sebulan.

“Atas permintaan ramai, saya kini sedang mengusahak­an untuk menghasilk­an pek keluarga tiga dalam satu untuk seisi rumah.

“Nasihat saya kepada pengusaha lain, semuanya tidak mustahil kerana saya sudah membuktika­nnya. Saya bermula dari bawah dengan modal rendah tapi percaya dengan rezeki Allah asalkan kita berusaha tanpa jemu.

“Saya beruntung kerana anak bantu membuat pemasaran dalam talian dan rangkaian promosi. Paling seronok apabila pelanggan memberikan reaksi positif dan sudah pasti saya terharu kerana usaha untuk memudahkan pelanggan akhirnya berhasil,” katanya.

Ditemani anak sulungnya, Puteri Syuhada Shahrin, 22, Rosnah mengakui perniagaan ini menuntutny­a sentiasa sabar dan tidak mudah mengalah malah rezeki yang dikurniaka­n tuhan ini juga wajar dikongsi bersama.

Oleh itu katanya, dia turut membuka peluang kepada orang ramai yang mahu menjadi ejen dan stokis untuk sama-sama menjana pendapatan sampingan.

 ??  ?? ROSNAH
(kanan) dibantu Puteri Syuhada mengembang­kan perniagaan.
MINUMAN bijirin sihat yang mudah disediakan.
ROSNAH (kanan) dibantu Puteri Syuhada mengembang­kan perniagaan. MINUMAN bijirin sihat yang mudah disediakan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia