Harian Metro

PENAT JADI LELAKI KUDUNG

- Susunan Michelle Gun michellegu­n@hmetro.com.my

Gyllenhaal lalui proses panjang dalami karakter mangsa bom acara Marathon Boston

Melakonkan watak Jeff Bauman dalam filem biografi Stronger bukan mudah bagi pelakon Jake Gyllenhaal yang perlu melalui proses panjang dan memenatkan untuk mengenali karakter lelaki itu.

Bauman antara mangsa bom acara Marathon Boston pada 2013 dan kejadian itu menyebabka­n dia kehilangan kedua-dua kakinya.

Dalam kesungguha­nnya memberi penghormat­an terhadap jasa Bauman, Gyllenhaal memberitah­u sikap lelaki itu yang memendam keperitann­ya menyukarka­n keadaan.

“Saya mendapati lelaki Boston suka memendam perasaan. Percubaan saya untuk meminta Bauman meluahkan perasaanny­a adalah sangat sukar.

“Dia bukan mahu menyembuny­ikan apaapa, cuma itu memang sikapnya,” katanya.

Menurut pelakon itu, dia terpaksa mencari cara lain mengenali lelaki berkenaan dengan memerhati isyarat bukan lisan Bauman.

“Kami berjumpa beberapa kali sebelum dan ketika penggambar­an bermula. Saya banyak meluangkan masa bersama dia.

“Malah, saya masih mengirim mesej dan berborak dengan dia sewaktu penggambar­an berlangsun­g.

“Sikap Bauman membuat saya dan orang sekeliling menyukainy­a. Dia bukan lelaki berkarisma, tetapi seorang yang penyayang.

“Pada masa sama, jauh di sudut hati, dia menderita,” katanya.

Bercerita lanjut mengenai pertemuann­ya dengan Bauman, Gyllenhaal berkata, lelaki itu sudah mampu berjalan dengan baik dengan bantuan kaki palsu.

“Saya menjumpai beberapa petunjuk berguna mengenai Bauman membabitka­n rupa fizikal, gerakgeri serta psikologin­ya yang boleh membantu saya mengembang­kan wataknya dalam filem ini.

“Selain itu, saya juga meluangkan masa bersama keluarga Bauman dan mendapati mereka tabah dan mempunyai hubungan erat,” katanya.

Filem Stronger arahan David Gordon Green adalah kisah inspirasi mengenai seorang lelaki biasa yang menjadi inspirasi kepada orang ramai.

Bauman, 27, nekad menunggu bekas teman wanita, Erin yang menyertai acara larian maraton di garisan penamat.

Namun, ketika peserta menghampir­i garisan penamat, berlaku letupan bom dan kejadian itu menyebabka­n ramai tercedera termasuk Bauman.

Di hospital, sebaik Bauman tersedar, dia membantu pihak berkuasa mengecam seorang suspek.

Hidup Bauman berubah dan dia melalui saat sukar, namun keluargany­a dan Erin sentiasa berada di sisinya untuk memberi sokongan.

Filem Stronger turut menampilka­n barisan pelakon Tatiana Maslany, Miranda Richardson dan Clancy Brown.

 ??  ?? GYLLENHAAL lakon
watak Bauman.
GYLLENHAAL lakon watak Bauman.
 ??  ?? MASLANY bawa watak Evin dalam Stronger.
MASLANY bawa watak Evin dalam Stronger.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia