Harian Metro

XPDC, FTG temui peminat

- Ridzuan Abdul Rahman mohamadrid­zuan@ hmetro.com.my

FTG dan XPDC bukanlah asing dalam kalangan peminat muzik metal tanah air.

Khusus buat semua, dua kumpulan otai ini akan bergabung untuk beraksi di konsert Rockstage II yang bakal berlangsun­g di Stadium Persatuan Bola Keranjang Malaysia (MABA), Kuala Lumpur, Sabtu ini jam 8 malam.

Kehebatan XPDC yang terkenal dengan jolokan raja funfair pastinya menggamit peminat untuk turun padang menyaksika­n persembaha­n mereka.

Apatah lagi Mael (penyanyi), Zua (bass), Amy (dram) dan Jeff (gitar) sudah lama tidak beraksi dalam mana-mana persembaha­n di ibu kota.

Zua berkata, Konsert Rockstage II ini diadakan khas untuk peminat XPDC yang tidak putus-putus menyokong selama lebih 20 tahun mereka di persada seni tempatan.

“Kami teruja apabila XPDC dan rakan seangkatan dalam bidang seni, FTG terbabit dalam konsert edisi kedua ini.

“Rasanya lama juga kami tak bermain dalam mana- mana konsert yang besar di Kuala Lumpur. Inilah kesempatan terbaik untuk kami bertemu peminat,” katanya.

Menurutnya, bagi memberikan kepuasan maksimum untuk peminat, mereka akan menampilka­n rangkaian lagu popular XPDC dari album pertama hingga yang terbaru.

Selain XPDC, kehebatan FTG yang lebih terarah kepada genre thrash metal juga tidak perlu dipertikai­kan.

Dua jenama ini sebenarnya cukup dikenali dalam kalangan pemuzik dan pencinta muzik metal tempatan.

Penyatuan semula ‘line-ups’ asal FTG iaitu

Tajul (penyanyi), Jac (gitar), Nizam (dram) dan Mie (bass) pastinya dinanti-nantikan peminat dan bakal memberi impak besar pada hari konsert itu nanti.

Sebelum kemunculan FTG dan XPDC, peminat akan dihiburkan dengan persembaha­n kumpulan Metalzonn yang membuka tirai Konsert Rockstage II anjuran Rockstage Entertainm­ent ini.

Wakil penganjur, Talib Othman berkata, Konsert Rockstage II ini adalah lanjutan daripada konsert Rockstage I yang di adakan pada 4 Februari lalu menampilka­n MAY, Sofea/ SYJ dan Amuk.

“Berikutan sambutan menggalakk­an daripada peminat, kami selaku penganjur memberi ruang dan peluang kepada peminat FTG serta XPDC pula untuk menikmati persembaha­n mereka pula.

“Walaupun ia berlainan konsep, saya pasti setiap kumpulan mempunyai kelebihan mereka sendiri,” katanya.

Talib menjanjika­n peminat akan berpuas hati dengan konsep

Konsert Rockstage II di Stadium Persatuan Bola Keranjang

Malaysia Sabtu ini

persembaha­n dan sistem bunyi yang ditampilka­n tentunya akan meninggalk­an nostalgia tersendiri buat yang hadir.

Tiket untuk menyaksika­n konsert ini berharga RM75 dan boleh didapati di kaunter jualan Stadium MABA pada hari persembaha­n.

“Jualan tiket sebenarnya sudah bermula dan setakat ini sambutanny­a sangat memberangs­angkan. Malah ada peminat dari Sabah, Sarawak dan Brunei sudah membuat tempahan awal tiket,” katanya.

 ??  ?? XPDC dibarisi (dari kiri) Mael, Zua, Amy dan Jeff.
XPDC dibarisi (dari kiri) Mael, Zua, Amy dan Jeff.
 ??  ?? FTG yang dianggotai (dari kiri) Nizam, Jac, Tajul dan Mie kembali aktif.
FTG yang dianggotai (dari kiri) Nizam, Jac, Tajul dan Mie kembali aktif.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia