Harian Metro

Lampu LED jalan desa

 Projek beri lebih keselesaan kepada penduduk

- Noor Ainum Ibnu Hajar Abu Seman am@hmetro.com.my

Pemasangan lampu jalan diod pemancar cahaya (LED) menerusi Program Pemasangan Lampu Jalan Kampung Fasa 8 (LJK8) di perkampung­an luar bandar khususnya di kawasan strategik umum dan simpang utama jalan memberikan lebih keselesaan kepada penduduk.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, idea pemasangan lampu jalan LED itu dicadangka­n Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ketika usul mengenai projek lampu jalan dibentangk­an.

“Pemasangan lampu jalan LED bermula pada tahun ini dan ia kali pertama digunakan di jalan khususnya di kawasan strategik dan yang menjadi tumpuan penduduk.

“Tujuannya adalah untuk memberikan keselesaan kepada penduduk luar bandar terutama daripada segi keselamata­n, gejala sosial dan jenayah yang pasti dapat dikurangka­n apabila kampung dalam keadaan terang,” katanya dalam sidang media selepas merasmikan Majlis Penyerahan Mock LED LJK8 di Sekolah Kebangsaan Guai, di sini, malam kelmarin.

Hadir sama, Pengurus Besar Kanan (Perkhidmat­an Pengguna) Bahagian Pembahagia­n Tenaga Nasional Berhad (TNB) Ir Kamaliah Abdul Kadir.

Ismail Sabri berkata, lampu jalan LED itu mempunyai pencahayaa­n lima kali ganda lebih terang berbanding lampu jalan biasa selain lima tahun jangka hayat manakala kos penggunaan­nya sedikit tinggi.

Katanya, semua kos untuk bayaran bil elektrik lampu jalan itu akan ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan.

“Tahun lalu kerajaan membelanja­kan kira-kira RM70 juta untuk membayar bil elektrik bagi program Lampu Jalan Kampung di seluruh negara.

“Sehingga akhir tahun lalu, 255,000 lampu dipasang di Semenanjun­g, 31,811 unit di Sabah dan 27,259 unit di Sarawak dengan anggaran bil seunit sekitar RM17.04 sebulan. Kita menjangkak­an jumlahnya meningkat tahun ini,” katanya.

Menurutnya, 7,770 unit lampu jalan akan dipasang di perkampung­an di negeri ini di bawah projek LJK8 sebagai usaha berterusan kerajaan menerangi kawasan luar bandar.

Dalam ucapan Bajet 2017 pada 21 Oktober tahun lalu, Perdana Menteri mengumumka­n peruntukan RM100 juta di bawah program LJK8 di seluruh negara bagi pemasangan lebih 120,000 unit lampu jalan kampung.

Daripada jumlah itu, 6,333 unit adalah jenis LED dan selebihnya jenis high pressure sodium vapour (HPSV).

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia