Harian Metro

Kompleks TH di Makkah permudah jemaah

-

Seremban: Urusan jemaah haji dijangka lebih mudah dan lancar sekiranya pembinaan Kompleks Tabung Haji di Makkah dan penyewaan pusat penempatan jemaah haji di Madinah serta Jeddah, menjadi realiti.

Pengurusan kanan Lembaga Tabung Haji (TH) sudah meninjau tiga lokasi sesuai di Makkah, Madinah dan Jeddah untuk tujuan itu.

Ahli Lembaga Pengarah TH, Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin berkata, pihaknya akan menandatan­gani perjanjian persefaham­an (MoU) dengan pihak berkuasa Arab Saudi pada Disember depan.

“TH sudah mengenal pasti lokasi sesuai untuk pembinaan Kompleks TH dan bangunan untuk disewa sebagai pusat penempatan jemaah. Jika selesai semua urusan, perjanjian itu akan ditandatan­gani.

“Selama ini, TH hanya menyewa pusat penempatan untuk tempoh 10 tahun dan diperbahar­ui apabila tamat tempoh. Namun melalui perjanjian itu kemungkina­n TH akan pajak untuk tempoh 99 tahun atau hak milik kekal,” katanya.

Menurut Dr Abdul Shukor, pihaknya percaya pembinaan kompleks itu bakal memberi impak yang baik terutama mengurangk­an kos dan tenaga kerja.

Beliau berkata demikian selepas program ziarah keluarga Allahyarha­m Baharom Mohd, 84, yang meninggal dunia di Makkah, di rumah keluarga di Taman Warisan Puteri, di sini, semalam.

Baharom yang berasal dari Linggi, Port Dickson berlepas ke Tanah Suci pada 4 Ogos lalu dan meninggal jam 7.30 pagi, 26 Ogos lalu akibat serangan jantung.

 ??  ?? DR ABDUL Shukor (dua dari kiri) menyampaik­an sumbangan TH kepada keluarga Allahyarha­m Baharom.
DR ABDUL Shukor (dua dari kiri) menyampaik­an sumbangan TH kepada keluarga Allahyarha­m Baharom.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia