Harian Metro

Giliran saman RM2.5j

- Mary Victoria Dass maryvictor­ia@hmetro.com.my

 Syarikat kucing pernah tular di FB heret suami isteri ke mahkamah

Kemenangan di Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) menyebabka­n Syarikat Imadi Pet Global Sdn Bhd yakin untuk menyaman sepasang suami isteri dalam tempoh terdekat susulan video dan kenyataan palsu berkaitan syarikat itu ditularkan di Facebook awal Ogos lalu.

Pengasasny­a, Ismail Mohd Ali berkata, pihaknya terpaksa berdepan pelbagai kesulitan disebabkan video dan kenyataan yang ditular pasangan tidak bertanggun­gjawab itu.

Menurutnya, pada 19 September lalu pihaknya diheret ke TTPM kerana kes difail pasangan berkenaan, bagaimanap­un TTPM memerintah­kan bahawa tuntutan pasangan terbabit berjumlah RM20,000 ditolak.

“Keputusan TTPM membuktika­n tuntutan pasangan itu ke atas kematian kucing yang dibeli daripada Imadi adalah tidak berasas.

“Ia dapat membaiki imej Imadi yang tercalar kerana sesetengah pengguna laman sosial mudah percaya dengan dakwaan pembeli itu selain berkongsi bahan berkenaan.

“Kami mengambil keputusan untuk menyaman sebanyak RM2.5 juta di Mahkamah Sivil Shah Alam atas kesulitan, kerugian serta impak atas perbuatan pasangan berkenaan,” katanya pada sidang media sempena Mesyuarat Agung Pertama dan Rumah Terbuka Persatuan Pencinta Kucing Imadi Pet Malaysia (PPKIM) di Dewan Peraidanga­n Imadi Pet di Bandar Baru Uda di sini, kelmarin.

Ismail berkata, sebagai pembiak dan penjual kucing, Imadi telus dengan syarat dan peraturan atas setiap urusan dilakukan.

Menurutnya, mengikut syarat apabila kucing dibeli pelanggan, pihaknya akan bertanggun­gjawab dalam tempoh 72 jam sahaja.

Katanya, selepas tempoh berkenaan, ia adalah tanggungja­wab pembeli dan pemilik kucing bagi memberi penjagaan termasuk membawa haiwan itu ke klinik atau veterinar sekiranya sakit.

 ??  ?? ISMAIL tuntut kerugian imej dicalar akibat penularan video di Facebook.
ISMAIL tuntut kerugian imej dicalar akibat penularan video di Facebook.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia