Harian Metro

Sangkar burung lalok RM430,000

-

Kota Bharu: Seorang pemandu bot tambang sanggup menjadikan sangkar burung di belakang rumahnya di Kampung Lubok Gong, Rantau Panjang untuk menyembuny­ikan heroin bernilai RM430,000 bagi mengaburi pihak berkuasa.

Lelaki berusia 56 tahun itu memasukkan dadah seberat 752.5 gram ke dalam 215 botol lutsinar sebelum dibungkus dalam surat khabar dan disorok di dalam sangkar burung.

Bagaimanap­un taktik licik lelaki itu terbongkar dalam serbuan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Pasir Mas pada jam 6.30 petang, 28 September lalu.

Ketua Polis Kelantan Datuk Hasanuddin Hassan berkata, serbuan itu dilakukan hasil maklumat awam sebelum suspek ditahan.

“Hasil pemeriksaa­n, kami menemui 22 bungkusan surat khabar mengandung­i 215 botol kecil disyaki mengandung­i heroin di dalam sangkar burung berkenaan.

“Kami tidak menolak kemungkina­n bekalan itu diperoleh dari negara jiran memandangk­an suspek juga bekerja sebagai pemandu perahu penambang di Sungai Golok,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan, di sini, semalam.

Dalam perkembang­an lain, Hassanuddi­n meminta kerjasama orang ramai untuk menjejaki sepasang suami isteri bagi membantu siasatan berhubung rampasan dadah pelbagai jenis bernilai RM45,990 di sebuah rumah di Kampung Bagus, Rantau Panjang, 20 September lalu.

Menurutnya, Mursyidin Mohamad, 38, dan Jahnizuria­na Yaccaob, 33, yang berasal dari Rantau Panjang dikehendak­i bagi menyelesai­kan siasatan membabitka­n rampasan 2,000 pil WY, Eramin 5 (104 biji), Estasy (432 pil) dan syabu (133 gram) di rumah mereka.

 ??  ?? HASANUDDIN (tiga dari kanan) menunjukka­n dadah yang berjaya dirampas dalam dua serbuan.
HASANUDDIN (tiga dari kanan) menunjukka­n dadah yang berjaya dirampas dalam dua serbuan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia