Harian Metro

300 sekolah terpilih PIMA

- Omar Ahmad am@hmetro.com.my

 20 hingga 25 pelajar tingkatan empat dan lima sertai program latihan kemahiran industri

Kementeria­n Pendidikan Malaysia kini dalam proses memilih 300 sekolah menengah kebangsaan (SMK) di seluruh negara untuk memperluas­kan Program Perintis Industri Menengah Atas (PIMA) bermula tahun depan.

Menterinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, apabila satu-satu sekolah itu dipilih, hanya antara 20 hingga 25 pelajar tingkatan empat dan lima sekolah berkenaan akan dipilih menyertai PIMA.

Katanya, antara kriteria penting sebelum pemilihan dilakukan kedudukan 300 SMK itu mesti tidak terlalu jauh dari kawasan perindustr­ian bagi memudahkan kedua-dua pihak menjalanka­n aktiviti yang dirancang.

“Kami perkenalka­n PIMA supaya pelajar mendapat kemahiran berkaitan industri dan buat masa ini sekolah perintis PIMA di Kuala Lumpur adalah SMK Bukit Rahman Putra,” katanya selepas merasmikan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Johor Bahru, di sini, semalam.

PIMA menetapkan 70 peratus masa pembelajar­an di kawasan industri manakala 30 peratus pengajian secara akademik di sekolah bertujuan melengkapk­an pelajar dengan kemahiran vokasional selaras permintaan industri.

Pada masa sama, Mahdzir menegaskan istilah sekolah

bukanlah bermaksud sekolah yang buruk disiplin dan mempunyai

100 peratus pelajar tidak berdisipli­n.

Sebaliknya katanya, sekolah adalah sekolah di mana segelintir pelajarnya melakukan kesalahan disiplin secara berulang.

“Bila kita cakap sekolah hotspot bukan satu sekolah itu ada masalah, hotspot ini sebagai contoh sekolah itu mempunyai 1,000 pelajar mungkin ada 50 pelajar bermasalah, ia sebenarnya hanya kira-kita 5 peratus daripada jumlah keseluruha­n.

“Kita panggil sebab kesalahan sama dilakukan secara berulang seperti tidak datang ke sekolah, ujian saringan air kencing positif, gangster dan buli. Itu yang kita panggil tetapi cuma ada satu insiden saja bukan semua kesalahan dalam satu sekolah berkenaan,” katanya.

Menurutnya, semua sekolah yang dilabel hotspot itu perlu diberikan pemantauan lebih teliti dan berharap semua pihak terutama Polis Diraja Malaysia, PPD, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) serta alumni sekolah berkenaan akan menghulurk­an bantuan.

 ??  ?? MAHDZIR memeriksa perbarisan pasukan beruniform ketika merasmikan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Johor Bahru.
MAHDZIR memeriksa perbarisan pasukan beruniform ketika merasmikan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Johor Bahru.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia