Harian Metro

Dua keping nota selamat nyawa

-

Tindakan seorang lelaki warga Bangladesh yang mencampakk­an dua keping nota dan ditemui orang awam di Jalan Batai Laut 7, di sini, berjaya menyelamat­kan dirinya daripada terus menjadi mangsa culik.

Dalam kejadian jam 4.30 petang, Jumaat lalu, orang ramai menemui nota yang menyatakan mangsa berusia 52 tahun itu diculik sekumpulan lelaki Bangladesh sejak 25 September lalu.

Ketua Polis Daerah Klang Utara Asisten Komisioner Mazelan Paijan berkata, susulan itu, sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Berat (D9) Klang Utara kemudian menjalanka­n intipan di dua premis di mana nota berkenaan dijumpai.

Menurutnya, hasil serbuan, polis berjaya menahan seorang lelaki dan mangsa berjaya diselamatk­an.

“Tindakan susulan dilakukan dan seorang lagi suspek ditahan di Taman Intan, Klang. Kedua-dua suspek berusia 36 dan 39 tahun.

“Motif culik adalah kerana mereka mahu menuntut wang berjumlah RM20,000 kerana mangsa ada berhutang dengan mereka,” katanya.

Tindakan berani lelaki warga India menunggang motosikal curi membawa padah apabila dia ditahan dalam sekatan jalan raya di Jalan Raja Laut di sini, semalam.

Lelaki berusia 30-an itu tidak mempunyai lesen dan mendakwa motosikal itu dipinjam daripada rakannya.

Apabila nombor pendaftara­n motosikal itu diperiksa, mendapati ia pernah dilaporkan hilang di ibu kota beberapa bulan lalu.

Dalam operasi sama, seorang wanita berusia 20-an,

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia