Harian Metro

Terkejut temui ratusan peluru hidup

-

Kajang: Seorang penunggang basikal yang sedang beriadah bersama rakannya terkejut apabila menemui ratusan peluru hidup di Jalan Batu 14 menghala ke Ampang berhampira­n tempat pembuangan sampah Hulu Langat, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 9 pagi itu, 176 peluru jenis SME 8-O2 ditemui bertaburan di lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd Yusoff berkata, pihaknya menerima laporan dari seorang lelaki berusia 38 tahun pada jam 9.10 pagi yang memaklumka­n penemuan peluru itu.

“Ketika lelaki itu menunggang basikal bersama rakannya dari Batu 18 menuju ke Ampang, dia ternampak ketulan besi objek seperti peluru menyebabka­nnya bertindak memberhent­ikan basikal untuk melihat lebih dekat.

“Sebaik menyedari objek itu adalah peluru hidup, lelaki itu terus menghubung­i 999 untuk menaklumka­n perkara berkenaan kepada pihak polis,” katanya.

Dzaffir berkata, siasatan awal di lokasi kejadian menemui 176 peluru sembilan milimeter jenis SME 8-02 dalam keadaan bertaburan di tepi jalan berkenaan.

“Kawasan berkenaan bukanlah tempat latihan menembak dan tiada tempat lapang sasar berhampira­n lokasi terbabit.

“Sehingga kini tiada laporan polis dibuat oleh mana-mana pihak berhubung kehilangan peluru,” katanya.

Katanya, semua peluru itu dihantar ke Bahagian Persenjata­an Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Selangor untuk pengesahan dan ujian.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia