Harian Metro

Rumah pusaka hangus

- Amirul Aiman Hamsuddin am@hmetro.com.my

“Ssedih dan kerana rumah berusia 40 tahun itu hasil tangan arwah ayah dan kini ia lenyap selama-lamanya dalam kebakaran,” kata tukang kayu Mohd Shamsudin Maniran, 52.

Kelmarin, dua kebakaran membabitka­n dua rumah berlaku di kawasan berasingan di sekitar pekan ini.

Dalam kejadian pertama jam 7.20 malam, rumah milik Shamsudin yang terletak di Kampung Desa Warisan, Pasir Panjang musnah 70 peratus dan hampir keseluruha­n barangan miliknya termasuk alat pertukanga­n hangus terbakar.

Shamsudin ketika dihubungi berkata, ketika kejadian, dia menunaikan solat Maghrib di tingkat bawah kediamanny­a.

“Sebelum sempat saya menghabisk­an rakaat terakhir, mata saya melirik ke bilik tengah di tingkat atas dan mendapati api mulai marak dan menyambar bahagian bilik lain.

“Tanpa berfikir panjang, saya menghabisk­an solat dan bergegas keluar tanpa sempat menyelamat­kan barangan berharga termasuk dokumen peribadi,” katanya yang mendakwa kerugian mencecah RM60,000.

Dia yang masih bujang berkata, dia terkilan kerana rumah berkenaan meninggalk­an seribu satu kenangan

aya manis terutama sewaktu bersama arwah ayah dan ibunya.

“Kediaman itu dibina pada 1977 dan setelah ayah meninggal dunia, saya diberi amanah untuk menjaga dan memulihara rumah itu,” katanya. Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sekinchan Mohd Khairul Anuar Abu Bakar berkata, 16 anggota dengan bantuan dari BBP Sungai Besar dikerahkan ke lokasi selepas menerima panggilan kecemasan.

“Setibanya di lokasi, anggota mendapati api marak membakar rumah yang diperbuat daripada kayu dan kami mengambil masa 40 minit bagi memadam kebakaran,” katanya.

 Tukang kayu terkilan kediaman hasil tangan arwah ayah musnah terbakar

Sementara itu, kejadian kedua di Jalan Tali Air Sembilan, Pasir Panjang membabitka­n sebuah rumah tidak berpenghun­i yang musnah sepenuhnya dalam kebakaran jam 1.12 pagi.

Menurut Khairul Anuar, 30 anggota bomba dengan bantuan BBP Sungai Besar dan BBP Tanjung Karang dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Kami mengambil masa sejam untuk ke lokasi berikutan keadaan jalan sempit serta lokasi kebakaran jauh dari balai bomba,” katanya.

 ??  ?? AHLI Parlimen Sungai Besar Budiman Mohd Zohdi (dua dari kanan) menziarahi Mohd Shamsudin (dua dari kiri) di Kampung Desa Warisan, semalam.
AHLI Parlimen Sungai Besar Budiman Mohd Zohdi (dua dari kanan) menziarahi Mohd Shamsudin (dua dari kiri) di Kampung Desa Warisan, semalam.
 ??  ?? RUMAH tidak berpenghun­i di Jalan Tali Air Sembilan yang terbakar.
RUMAH tidak berpenghun­i di Jalan Tali Air Sembilan yang terbakar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia