Harian Metro

PKS perlu sedia pelan perniagaan mampan

-

Kuala Lumpur: Usahawan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) perlu mempunyai perancanga­n rapi serta mengamalka­n sikap berdaya saing dalam berdepan dengan persekitar­an pasaran tidak menentu khususnya bagi mengekalka­n kemampanan perniagaan dijalankan.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Sustainabi­lity Roundtable Sdn Bhd Datuk Seri G Gnanaraja berkata, sebagai usahawan, mereka seharusnya menyediaka­n perancanga­n perniagaan yang bersepadu supaya dapat memudahkan perjalanan operasi perniagaan.

Beliau berkata, untuk menjadi usahawan, ia bukan semata-mata hanya menjual produk, malah turut membabitka­n segala proses seperti pengeluara­n, pemasaran, penjualan dan selepas jualan.

“Bidang keusahawan­an menyumbang paling banyak dan menjadi tulang belakang ekonomi negara, jadi sudah tentu usahawan perlu berkeupaya­an untuk terus mara ke hadapan.

“Sekarang, kita dapat lihat banyak mereka yang bekerja makan gaji mula beralih dan berjinak-jinak dengan dunia perniagaan secara separuh masa sebelum akhirnya mengambil keputusan untuk terus berkecimpu­ng dalam bidang ini,” katanya, di sini.

Julai lalu, kerajaan mengumumka­n peruntukan dana RM5.88 bilion bagi melaksanak­an 167 program pembanguna­n PKS di bawah 16 kementeria­n dan lebih 60 agensi berkaitan.

Beliau berkata, kerajaan juga menyediaka­n pelbagai geran dan pinjaman kepada pelbagai kategori usahawan menerusi agensi serta jabatan untuk membangunk­an perniagaan usahawan tempatan.

Menurutnya, PKS tempatan perlu mengambil peluang program disediakan itu dan bagi mengelakka­n permohonan ditolak, mereka perlu memastikan permohonan dibuat sesuai dengan perniagaan dijalankan.

“Semuanya berbalik kepada perniagaan dijalankan, jika membabitka­n pertanian, perlu pergi kepada agensi atau jabatan yang menawarkan pinjaman atau geran untuk bidang perniagaan ini.

“Kita tidak mahu usahawan merungut apabila berdepan kesukaran mendapatka­n bantuan kewangan, sebaliknya mereka perlu mempersiap­kan segala dokumen dan butiran diperlukan,” katanya. Peranan Lembaga Pembanguna­n Pelaburan Malaysia (MIDA) dijangka menjadi lebih penting pada tahun-tahun akan datang dalam memastikan pertumbuha­n ekonomi negara yang inklusif dan membina imej negara sebagai pusat aktiviti global serta berteknolo­gi tinggi.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata, organisasi yang sudah beroperasi sejak 1967 itu juga diyakini mampu membantu negara mencapai status negara maju.

“Kini, Malaysia bergerak memasuk era Industri 4.0 iaitu pendigital­an dan pengautoma­sian sektor perkilanga­n dan perkhidmat­an.

“Dianggarka­n peningkata­n 20 peratus dalam pelaburan digital berpotensi melonjakka­n pertumbuha­n KDNK (Keluaran Dalam Negara Kasar) sebanyak 1.4 peratus bagi Malaysia,” katanya dalam kata-kata aluan pada buku program sambutan ulang tahun ke-50 MIDA.

Najib diiringi isteri Datin Seri Rosmah Mansor hadir ke majlis itu selain Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed dan Pengerusi MIDA Tan Sri Amirsham Abdul Aziz.

Najib berkata, pembanguna­n modal insan yang sejajar dengan keperluan kemahiran Industri 4.0 juga akan membantu mengekalka­n dan menarik lebih banyak pelaburan ke negara ini. - BERNAMA

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia