Harian Metro

Tawar Klik & Pick

Mydin perluas khidmat dalam talian di luar Lembah Klang

- Sofyan Rizal Ishak sofyan.rizal@hmetro.com.my

Mydin Mohamed Holdings Bhd (Mydin), peneraju sektor peruncitan dan pemborong di negara ini berhasrat meluaskan perkhidmat­an dalam taliannya iaitu Mydin Online, ‘Klik & Pick’ di luar Lembah Klang menjelang hujung tahun depan.

Pengarah Urusannya Datuk Wira Dr Ameer Ali Mydin berkata, pada peringkat awal, perkhidmat­an itu hanya ditawarkan bagi pengguna yang berada di kawasan dengan jarak 10 kilometer dari cawangan Mydin USJ, Subang Jaya.

“Kami tidak berhasrat meluaskan perkhidmat­an ini di semua lokasi seluruh negara, namun akan menawarkan kemudahan dalam talian di satu lokasi bagi setiap wilayah di Malaysia selepas ini,” katanya selepas pelancaran Mydin Online, ‘Klik & Pick’, di sini, baru-baru ini.

Perkhidmat­an itu boleh didapati bermula 28 September lalu dengan pengguna boleh membeli barangan secara dalam talian melalui tiga cara iaitu penghantar­an ke rumah, pengambila­n di cawangan Mydin USJ dan pengambila­n di loker khas.

Beliau berkata, pihaknya melabur RM1 juta untuk membangunk­an sistem pembelian dalam talian itu yang mengambil masa 18 bulan untuk disiapkan sebelum mula beroperasi sejak seminggu lalu.

Menurutnya, Mydin Online, ‘Klik & Pick’ menawarkan lebih 7,000 barangan terdiri daripada pelbagai barangan keperluan dapur dan harian kecuali barangan makanan segar seperti ikan dan ayam pada masa ini.

“Kami akan meningkatk­an lagi jumlah barangan secara berperingk­at selepas ini terutama barangan yang sukar didapati seperti barangan Muslim untuk dibeli secara pukal,” katanya.

Beliau berkata, sambutan diterima melalui aplikasi Mydin Online, ‘Klik & Pick’ begitu menggalakk­an di mana 3,000 muat turun dicatatkan sehingga kini dan ia dijangka terus mendapat sambutan orang ramai terutama melalui 400,000 pemegang kad kesetiaan Meriah Mydin.

“Kami optimis perkhidmat­an ini akan mendapat sambutan meskipun pembelian barangan dalam talian di negara ini masih rendah iaitu hanya dua peratus dan kami berhasrat untuk meningkatk­an lagi peratusan pembelian barangan dalam talian ini pada masa depan,” katanya.

Mydin Online, ‘Klik & Pick’ boleh didapati melalui laman web Mydin dan aplikasi mudah alih yang kini sudah tersedia dan boleh dimuat turun melalui aplikasi Google Play Store dan Apple App Store.

 ??  ?? DR Ameer (dua dari kiri) dan Pengarah Eksekutif Mydin Mohamed Holdings Berhad, Datuk Murad Ali Mydin (kiri) menyaksika­n pelanggan mengambil barangan yang dibeli secara talian yang disimpan dalam loker pada pelancaran
Mydin Online, ‘Klik & Pick’.
DR Ameer (dua dari kiri) dan Pengarah Eksekutif Mydin Mohamed Holdings Berhad, Datuk Murad Ali Mydin (kiri) menyaksika­n pelanggan mengambil barangan yang dibeli secara talian yang disimpan dalam loker pada pelancaran Mydin Online, ‘Klik & Pick’.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia