Harian Metro

KENA DERA KEKASIH

- Daily Mail

 Warga emas lompat atas landasan elak teman wanita mengamuk

Kerana terlalu takutkan kekasih yang ‘mengamuk’ seorang lelaki warga emas melompat ke atas landasan kereta api ketika pertengkar­an dengan teman wanitanya.

Rakaman video menunjukka­n lelaki terbabit, dikenali sebagai Chen dipercayai berusia 70-an - berdiri di tengah landasan kereta api metro di Stesen Jingmei di ibu negara Taiwan.

Chen nampak tenang menoleh ke kiri dan kanan tetapi orang ramai di situ yang bimbangkan keselamata­nnya meluru ke tepi landasan untuk memujuknya supaya naik semula ke platform.

Selepas dipujuk, Chen bersetuju naik dan mula memanjat keluar dari landasan berkenaan tetapi tiba-tiba seorang wanita muncul dan cuba menendangn­ya turun semula.

Wanita berusia 50-an itu dipercayai kekasihnya dengan sekumpulan penumpang kemudian mengaku menyaksika­n pasangan itu bertengkar ketika dalam perjalanan pulang ke rumah dari tempat kerja.

Menurut saksi, wanita itu berkata: “Saya cabar kamu berdiri di situ!”

Chen dilihat ditendang beberapa kali oleh kekasihnya menyebabka­n kakitangan stesen metro itu bergegas ke tempat kejadian.

Dia bagaimanap­un, berjaya memanjat keluar dari landasan sebelum rebah ke lantai manakala teman wanitanya mula bertengkar dengan orang ramai yang cuba membantu Chen.

Seorang penumpang didengar menjerit: “Tangkap sajalah wanita itu!”

Chen kemudian diberikan pertolonga­n cemas sebelum pasangan itu ditahan oleh polis Taipei untuk siasatan.

 ??  ??
 ??  ?? WANITA berusia 50-an (tengah) iaitu kekasih Chen ditahan untuk siasatan. Gambar kecil, kekasih Chen menendangn­ya - Daily Mail
WANITA berusia 50-an (tengah) iaitu kekasih Chen ditahan untuk siasatan. Gambar kecil, kekasih Chen menendangn­ya - Daily Mail
 ??  ?? CHEN cuba memanjat keluar sebelum ditendang kekasihnya. - Daily Mail
CHEN cuba memanjat keluar sebelum ditendang kekasihnya. - Daily Mail

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia