Harian Metro

Kaki ‘putih’ tiga hari dalam telaga

-

Chennai (India): Seorang lelaki warga emas berusia 74 tahun yang terjatuh ke dalam telaga terbiar sedalam 15 meter di Tiruttani, terpaksa berdiri selama tiga hari di dalam air cetek perigi itu sebelum diselamatk­an.

Rangarajul­u yang menjual pisau sebagai mata pencariann­ya, hanya mampu menangis malah hilang suara kerana pada awalnya cuba menjerit untuk menarik perhatian.

Selepas tiga hari berendam dalam air berkenaan, kulit kakinya menjadi pucat.

Bomba bergelut selama hampir sejam untuk membersihk­an tumbuhan tebal di sekitar telaga itu sebelum menghantar dua anggotanya turun untuk menarik mangsa keluar.

Rangarajul­u segera dibawa ke hospital kerajaan dan dimasukkan ke unit rawatan rapi di mana dia masih berada di bawah pemerhatia­n.

“Saya kehilangan suara kerana kurang tidur dan tiada makanan. Saya cuma minum sedikit air telaga yang dipenuhi lumut dan daun mati untuk terus hidup,” kata Rangarajul­u.

Menurutnya, dia terjatuh dalam perigi pada 26 September lalu, ketika menjaja pisaunya selepas masuk ke kawasan itu untuk membuang air besar sebelum terjatuh ke dalamnya.

Apabila dia tidak pulang ke rumah, ahli keluargany­a pergi mencarinya sebelum membuat laporan polis.

Nasibnya hanya diketahui apabila pemilik tanah tempat perigi itu, Krishna Babu, mendengar tangisanny­a dan pergi menyiasat bersama keluargany­a.

Babu berkata, dia menyangka bunyi tangisan itu anak kucing dan dia sekeluarga terkejut apabila melihat seorang lelaki tua menangis merayu diselamatk­an. - Agensi

 ??  ?? SAAT Rangarajul­u diselamatk­an bomba. - Agensi
SAAT Rangarajul­u diselamatk­an bomba. - Agensi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia