Harian Metro

Tak akan tunduk

 Duterte enggan beri kerjasama siasatan rasuah terhadapny­a

- AFP

“Saya tidak akan tunduk kepada bidang kuasa (ombudsman itu) Rodrigo Duterte

Presiden Filipina Rodrigo Duterte semalam berkata dia tidak akan bekerjasam­a dengan siasatan pendakwa antirasuah khas terhadap kekayaanny­a yang dikatakan diperoleh dengan cara haram malah menegaskan dia tidak akan tunduk kepada badan itu.

Ombudsman itu minggu lalu berkata ia menyiasat dakwaan bahawa akaun bank Duterte mempunyai jutaan peso yang gagal diisytihar­kannya seperti diperuntuk­kan undang-undang.

Duterte bertindak balas menyelar ombudsman berkenaan sebagai ‘tak guna’ selain mengatakan tuduhan terhadapny­a sekadar ‘pembohonga­n berasaskan maklumat palsu.’

“Saya tidak akan tunduk kepada bidang kuasa (ombudsman itu). Menggunaka­n bukti palsu, menipu kepada rakyat negara ini dengan terang-terangan, kemudian kamu mahu saya tunduk kepada ombudsman itu?” katanya merujuk kepada Timbalan Ombudsman Melchor Arthur Carandang yang mengumumka­n siasatan itu beberapa hari lalu.

Ucapannya yang turut dipenuhi maki hamun bertentang­an dengan kenyataan jurucakapn­ya bahawa presiden menghormat­i dan percaya dengan kesaksamaa­nnya.

Duterte, 72, memenangi pilihan raya presiden tahun lalu berasaskan platform antirasuah dan pendekatan tegas terhadap jenayah.

Ketika kempennya, Duterte berkata dia daripada keluarga miskin dan hidup sederhana, seterusnya meningkatk­an imejnya sebagai ahli politik yang mewakili rakyat bawahan.

Bagaimanap­un, siasatan ombudsman itu susulan aduan difailkan sebelum pilihan raya oleh senator pembangkan­g, Antonio Trillanes yang mendakwa Duterte menggelapk­an dana kerajaan ketika menjadi datuk bandar lebih dua dekad di Davao.

Kelmarin, Duterte berkata, keluargany­a memiliki hartanah dan perniagaan manakala mendiang ayahnya gabenor wilayah.

“Semuanya tidak mungkin menjangkau 40 juta peso (RM3.3 juta) - simpanan seumur hidup saya, dan semuanya diwarisi. Orang Davao tahu perkara ini.

“Apakah kamu semua anggap kami miskin?” katanya.

Duterte pernah menyelar ketua hakim Mahkamah Agung, Suruhanjay­a Hak Asasi Manusia, gereja dan media yang mengkritik­nya malah melancarka­n kempen untuk menyekat atau menjatuhka­n kredibilit­i pihak berkenaan.

Minggu lalu, Duterte mengumumka­n mahu mewujudkan suruhanjay­a untuk menyiasat rasuah di dalam ombudsman, yang diselar pembangkan­g sebagai tindakan balas dendam.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia