Harian Metro

Hamilton akui jentera tak laju

-

Sepang: Pendahulu keseluruha­n kategori pemandu, Lewis Hamilton (gambar) mengaku betapa jentera Mercedes AMG PETRONAS masih memerlukan banyak ruang untuk diperbaiki.

Hamilton dan rakan sepasukan, Valtteri Bottas jelas tampak perlahan pada hari perlumbaan di litar Sepang meskipun pemandu Britain itu mampu menyambar petak utama perlumbaan dan menamatkan saingan di tangga kedua.

Hamilton yang pernah meraih kemenangan di Grand Prix (GP) Formula Satu (F1) Malaysia PETRONAS pada 2014, kini mendahului carta pemandu dengan kelebihan 34 mata berbanding Sebastian Vettel (Ferrari) berharap pasukan mampu mengatasi masalah itu pada baki lima pusingan musim selepas ini.

“Kami tahu Ferrari lapan per sepuluh lebih laju berbanding kami (pada setiap pusingan), dan ia sama sekali tidak mengejutka­n.

“Sirkit seperti ini (di Sepang) mempunyai banyak selekoh yang amat membantu kami mengenalpa­sti isu yang jentera kami alami,” kata Hamilton.

“Seperti yang kamu dapat lihat, kami bergelut dengan kelajuan tetapi ia masih baik kerana mampu meraih penamat kedua.

“Valtteri (Bottas) tampak lebih bergelut tetapi saya mampu mengatasin­ya.

“Kereta mempunyai beberapa kelebihan berbanding isu yang dihadapi, kami memang mempunyai beberapa masalah besar dengannya.

“Masih banyak usaha yang perlu dipertingk­atkan tetapi saya fikir ini adalah isu yang memang dihadapi kereta pada tahun ini dan kami akan cuba memperbaik­inya.

“Perlumbaan selepas ini akan menjadi amat penting untuk melihat sama ada kami mampu mengatasi masalah yang dihadapi kereta.”

Hamilton mendahului perlumbaan GP F1 Malaysia PETRONAS sehingga pusingan keempat namun gagal merampas kembali status pendahulu yang dicabar pemenang kali ini dari pasukan Red Bull, Max Verstappen.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia