Harian Metro

V Shem terkejut tindakan Jeremy

- Ferzalfie Fauzi ferzalfie@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: “Saya tidak tahu mengapa beliau meletak jawatan,” ujar pemain beregu lelaki negara, Goh V Shem yang turut terkejut dengan keputusan jurulatih beregu lelaki negara, Jeremy Gan menyerahka­n surat peletakan jawatan kepada Persatuan Badminton Malaysia (BAM) kelmarin.

Menurut V Shem, Jeremy seorang jurulatih yang bagus dan mengajarny­a bersama Tan Wee Kiong pelbagai strategi sehingga mereka berjaya sampai ke kemuncak mara ke perlawanan akhir Sukan Olimpik Rio tahun lalu sehingga berjaya meraih pingat perak.

“Saya hanya berharap beliau dapat meneruskan karier sebagai jurulatih dengan jayanya selepas ini,” kata V Shem ketika dihubungi Arena Metro semalam.

Jelasnya, saat indah paling diingati ketika berada di bawah bimbingan Jeremy sudah tentu ketika di Olimpik Rio walaupun mereka tumpas di perlawanan akhir kepada Fu Haifeng-Zhang Nan dari China.

Jeremy yang berusia 38 tahun menyerahka­n notis peletakan jawatan dan akan mengakhiri tugasnya bersama BAM hujung tahun ini.

Difahamkan, Jeremy yang sebelum ini pernah menjadi jurulatih beregu campuran sehingga berjaya menaikkan pasangan Chan Peng Soon-Goh Liu Ying, mendapat tawaran berkhidmat dengan negara lain.

Ini kali kedua badan induk itu dikejutkan dengan peletakan jawatan bahagian kejurulati­han apabila Pengarah Teknikal, Morten Frost Hansen juga melakukan tindakan yang sama dua minggu lalu.

Jun lalu, BAM melakukan perubahan dalam pengstrukt­uran kejurulati­han apabila memperkena­lkan ketua jurulatih setiap bahagian.

Bagi beregu lelaki, BAM melantik Cheah Soon Kit memegang jawatan ketua jurulatih, manakala di bawahnya dibantu oleh Jeremy bersama Rosman Razak.

Selain itu gandingan V Shem-Wee Kiong juga dipecahkan kerana penurunan prestasi, termasuk tersingkir awal di Kejohanan Dunia Ogos lalu.

V Shem digandingk­an dengan Teo Ee Yi dan mereka berdua sudah mula berlatih bersama dalam tempoh seminggu, untuk membuat penampilan sulung di Terbuka Perancis pada 24 hingga 29 Oktober ini.

 ??  ?? LIU Ying dan Peng Soon antara gandingan beregu yang mendapat tunjuk ajar Jeremy.
LIU Ying dan Peng Soon antara gandingan beregu yang mendapat tunjuk ajar Jeremy.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia