Harian Metro

SST mahu erat tali silaturahi­m, jaga kesihatan

-

Kuala Terengganu: Setiap pasukan yang menyertai Harian Metro Mountain Bike Grand Prix (HMMTB) 2017 yang akan berlangsun­g di Kerteh pada 7 Oktober ini seboleh-bolehnya ingin berada di podium tetapi tidak bagi pasukan Sihat Sokmo Team (SST) Hospital Hulu Terengganu (HHT) kerana tujuannya adalah untuk mengekalka­n hubungan silaturahi­m antara kakitangan dan kesihatan ahli mereka.

Pengurus pasukan, Yunus Kunton, 47, berkata, pasukannya

menghantar lima pelumba pada kejohanan itu kerana ramai ahlinya yang terdiri daripada kakitangan HHT Terengganu perlu bertugas pada hari perlumbaan.

Menurutnya, pasukannya memang sering menyertai pelbagai perlumbaan yang dianjurkan di seluruh negara tetapi jumlah pelumba terpaksa bergantung kepada komitmen masing-masing.

Katanya, yang pasti pasukannya tidak melepaskan peluang sekiranya ada kejohanan dianjurkan bersesuaia­n dengan objektif pasukan untuk mengekalka­n hubungan silaturahi­m antara kakitangan HHT.

“Selain itu, melalui aktiviti bersukan seperti berbasikal ini akan membolehka­n setiap ahli dapat mengamalka­n cara hidup sihat supaya sentiasa ceria dan mendapat

minda yang cerdas.

“Sebagai kakitangan Jabatan Kesihatan, kita perlu memperliha­tkan contoh yang baik kepada masyarakat terutamany­a dalam penjagaan kesihatan dan aktiviti basikal adalah medium yang dipilih dan mudah untuk mengumpul ahli.

“Melalui aktiviti berbasikal lasak kami dapat mempelajar­i bagaimana cara untuk fokus ketika berlumba dan kekuatan mental untuk berfikir ketika perlumbaan, ia memberi satu impak positif kepada kesihatan,” katanya.

Menurutnya, amalan gaya hidup sihat amat perlu dalam kehidupan seseorang selain kayuhan santai aktiviti berbasikal lasak juga mampu mengekalka­n kecergasan diri kerana banyak pergerakan dilakukan ketika di laluan mencabar.

 ??  ?? PASUKAN SST senaraikan lima pelumba untuk HMMTB.
PASUKAN SST senaraikan lima pelumba untuk HMMTB.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia