Harian Metro

‘TESDEC sedar diri’

- Nazdy Harun sukan@hmetro.com.my

Kuala Terengganu: TESDEC Cycling Team tidak mahu menaruh harapan tinggi dalam Harian Metro Mountain Bike Grand Prix (HMMTB) 2017 di Kerteh pada 7 Oktober ini kerana sedar saingan dengan yang bakal diberikan peserta luar.

Pelumba TESDEC Cycling Team, Abdul Halim Shamsuddin, 50, berkata, pasukannya akan menghantar tujuh pelumba berusia 22 hingga 50 tahun untuk kejohanan berkenaan.

Menurutnya, pasukan mereka meletakkan sandaran kepada pelumba yang masih muda untuk bersaing tetapi

(gambar)

pihaknya percaya saingan peserta luar Terengganu terutama dari negara jiran pasti sengit.

“Peserta luar negara biasanya sudah menjuarai kejohanan basikal lasak di negara mereka dan datang ke sini untuk menguji kekuatan bersaing dengan pelumba tempatan.

“Kami melihat penyertaan pasukan luar amat baik walaupun mungkin tidak mampu menandingi mereka kerana kehadirann­ya dapat memberi cabaran kepada pelumba tempatan selain dapat mengetenga­hkan produk sukan basikal lasak di negara ini,” katanya.

Menurutnya, setiap pelumba pasukannya menyertai perlumbaan dengan misi tersendiri selain meletakkan sasaran memperbaik­i catatan peribadi.

Katanya, setiap pelumba pasukannya akan memberi cabaran tersendiri bagi memperbaik­i rekod masing-masing dalam kejohanan yang bakal disertai nanti.

“Bagi kami, setiap perlumbaan yang disertai adalah sesi menimba ilmu dan pengalaman kerana trek disediakan berbeza selain pengendali­an basikal juga berbeza terutama pada gear.

“Oleh itu, ia akan dapat memberi satu pengalaman dan keseronoka­n yang berbeza ketika menyertai acara yang diadakan dengan laluan berlainan,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia