Harian Metro

Hanya satu mata lagi

- AFP

 Piala Presiden dalam tangan Amerika Syarikat

Amerika Syarikat hanya memerlukan satu mata untuk mencatat kemenangan epik pada Piala Presiden dengan hanya pemain Antarabang­sa, Anirban Lahiri dan Kim Si Woo berjaya menyekat mereka daripada meraikan kemenangan, awal pagi semalam.

Kemenangan 1-up Lahiri dan Si Woo ke atas Charley Hoffman dan Kevin Chappell satu-satunya perkara yang menyekat AS muncul pasukan pertama meraih kejuaraan itu sebelum 12 aksi perseorang­an bermula lagi.

Ia satu sagu hati buat pasukan Antarabang­sa yang bergelut untuk menyaingi AS, yang menang enam daripada lapan perlawanan awal pagi semalam, seri satu dan kalah perlawanan kedua mereka minggu ini.

Apabila pusingan dilengkapk­an di Liberty National, AS mendahului 14.5 berbanding 3.5 mata.

Mereka boleh memastikan kejuaraan Piala Presiden kali ke-10 dengan hanya satu mata awal dalam pusingan selepas ini.

Kapten AS, Steve Stricker berkata, mesejnya kepada pasukan amat ringkas.

“Ia belum berakhir lagi,” katanya. “Kami perlu keluar ke sana dan melaksanak­an tugas.”

Namun pasukan Antarabang­sa menghadapi kesukaran menyekat AS daripada meraih kemenangan terbesar sejak pertanding­an match play dwitahunan itu bermula pada 1994.

“Saya fikir kami perlu keluar ke sana dan cuba bermain sebaik mungkin,” kata Lahiri. “Kami perlu bermain demi menjaga maruah.”

“Kami berdepan pasukan Amerika yang tidak langsung membuat sebarang kesilapan dalam tiga hari,” kata kapten Antarabang­sa, Nick Price. “Mereka mempunyai semua momentum dan kami tiada langsung.”

 ??  ??
 ??  ?? ANIRBAN dan Si Woo bersalaman dengan gandingan Amerika Syarikat, Hoffman dan Chappell selepas tamat perlawanan, semalam.
ANIRBAN dan Si Woo bersalaman dengan gandingan Amerika Syarikat, Hoffman dan Chappell selepas tamat perlawanan, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia