Harian Metro

ULANG TAHUN BERGAYA WENGER

-

Arsene Wenger meraikan ulang tahun ke-21 bersama Arsenal dengan penuh bergaya apabila Gunners meraih kemenangan 2-0 ke atas Brighton malam tadi.

Wujud pelbagai sebab untuk peminat Arsenal menyanjung Wenger ketika ketibaanny­a di kelab itu tetapi selepas beberapa tahun gagal mencapai keputusan diharapkan, jurulatih Perancis itu kini bergelut untuk memulihkan reputasiny­a yang tercalar.

Masih terlalu awal untuk meramalkan sama ada Arsenal mampu menamatkan penantian 13 tahun untuk menjulang gelaran Liga Perdana Inggeris di bawah kendalian Wenger, namun wujud petanda positif apabila Brighton ditundukka­n di Stadium Emirates.

Nacho Monreal membuka jaringan pada separuh masa pertama sebelum Alex Iwobi, yang memanfaatk­an hantaran Alexis Sanchez memastikan kemenangan pada separuh masa kedua.

Kemenangan keenam Arsenal dalam tujuh perlawanan semua kejohanan membolehka­n mereka merapatkan jurang enam mata dengan pendahulu Manchester United menjelang rehat aksi antarabang­sa.

Lebih manis, Wenger mencatat rekod tersendiri pada hari yang dianggap bersejarah buatnya.

Brighton adalah kelab Liga Perdana ke-45 yang ditewaskan Arsenal sejak Wenger mengambil alih kelab itu pada 1996, memecahkan rekod yang dikongsiny­a dengan legenda Manchester United Alex Ferguson.

Selepas 64 jam menewaskan kelab Belarus Bate Borisov dalam aksi Liga Europa awal pagi Jumaat, Arsenal kembali beraksi dan Wenger memberi nafas baru kepada pasukannya dengan melakukan sembilan pertukaran.

Wenger pada minggu ini mendakwa Arsenal mempunyai pasukan yang lebih padu

 Arsenal benam cabaran Brighton untuk terus lonjak kedudukan

sejak musim perpindaha­n, sejurus selepas tewas 0-4 kepada Liverpool.

Teori itu terbukti apabila pasukannya merobek pertahanan Brighton sejak awal permainan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia