Harian Metro

Mourinho puji aksi mantap Fellaini

-

Manchester: Jose Mourinho menggambar­kan Marouane Fellaini sebagai seorang yang mempunyai “karakter kuat” kerana menangani masalah awalnya di Manchester United sekali gus memantapka­n dirinya sebagai pemain tonggak di Old Trafford.

Fellaini bergelut untuk melakukan impak positif pada awal kariernya di United selepas tiba dari Everton dengan harga £27.5 juta (RM155 juta) pada 2013, dengan satu akhbar Britain menamakann­ya antara 10 pembelian terburuk Liga Perdana Inggeris pada hujung tahun pertamanya.

Namun pengurus United, Mourinho menjelaska­n beliau melihat sumbangan Fellaini penting dalam perkembang­an kelab itu, menyatakan bulan lalu beliau berasakan pasukan itu “lebih lemah” tanpa kehadiran pemain tengah itu.

Pemain kebangsaan Belgium itu terlepas aksi menang 4-1 dalam Liga Juara-Juara ke atas CSKA Moscow di laman lawan Rabu lalu kerana kecederaan buku lali, namun kembali dengan menjaringk­an dua gol ketika United membenam Crystal Palace 4-0 di Old Trafford dalam aksi Liga Perdana.

“Saya fikir hanya satu karakter kuat boleh menangani kesukaran di sini,” ujar Mourinho.

“Dia berdepan masa-masa sukar apabila orang tidak menghargai kualitinya, apabila pengurus lain tidak suka dengan kualiti dimilikiny­a.

“Dia seorang pejuang, pemain bermaruah dan saya amat gembira membantuny­a mencapai tahap ini dan mengubah persepsi peminat terhadapny­a sekarang.”

Mourinho menegaskan Fellaini mendapat faedah daripada corak pengurusan­nya berbanding pengurus terdahulu di Old Trafford.

“Semua pengurus berbeza. Kadang-kadang anda suka pemain yang mereka tidak suka,” kata Mourinho.

“Sesetengah pemain beraksi lebih bagus bersama anda berbanding pengurus lain dan saya ada contoh pemain yang tidak bermain baik bersama saya tapi kemudianny­a bertindak lebih bagus dengan pengurus lain.” -AFP

 ??  ?? CONTE (gambar kecil) mengeluh pemainya tidak punyai banyak masa untuk berehat.
CONTE (gambar kecil) mengeluh pemainya tidak punyai banyak masa untuk berehat.
 ??  ?? FELLAINI (dua dari kanan)
jaring gol keduanya.
FELLAINI (dua dari kanan) jaring gol keduanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia