Harian Metro

Neymar pamer magis

- AFP

 Lebur rekod kebal Bordeaux

Neymar meledak dua gol termasuk penalti pada babak pertama dan mencipta satu lagi apabila Paris Saint-Germain menamatkan rekod tanpa kalah Bordeaux dengan kemenangan 6-2 dalam Ligue 1, awal pagi semalam.

Bintang Brazil itu melencongk­an masuk sepakan percuma mengagumka­n dari jarak 30 ela seawal minit kelima di Parc des Princes sebelum mengumpan kepada Edinson Cavani untuk menggandak­an kedudukan tujuh minit kemudian.

Penyudah menakjubka­n Thomas Meunier menjadikan kedudukan 3-0 buat PSG pada minit ke-21, namun Bordeaux membalas satu gol selepas setengah jam apabila Younousse Sankhare menyudahka­n satu gerakan menarik sepasukan.

PSG kemudian dihadiahka­n sepakan penalti, yang pertama sejak perbalahan antara Neymar dan Cavani mengenai tugas mengambil sepakan penalti membayangi kemenangan 2-0 ke atas Lyon dua minggu lalu, dengan Neymar kali ini tampil menyempurn­akannya.

“Bagi saya apa yang penting penalti itu disempurna­kan,” kata jurulatih PSG, Unai Emery. “Perkara penting kedua-dua mereka mengintai peluang dan kedua-duanya boleh mengambil tendangan penalti. Keputusan terletak kepada kedua-duanya. Kami sudah bercakap mengenainy­a secara dalaman.”

Julian Draxler merembat masuk voli bagi gol kelima sebelum rehat dan Kylian Mbappe menokok satu gol lagi pada minit ke-58, manakala Malcom menjaringk­an sepakan penalti lewat buat Bordeaux.

Keputusan itu membolehka­n PSG melonjak tiga mata di depan juara bertahan AS Monaco di puncak carta liga.

“Ia kemenangan yang bagus menentang pasukan belum kalah,” ujar Mbappe. “Kami tidak perlu menghantar mesej, kami hanya menumpukan kepada diri sendiri. Kami masih boleh bertindak lebih baik, kami tidak memilih tapi masih ada ruang untuk meningkat.”

Emery merehatkan kapten Thiago Silva bagi kunjungan pasukan tangga ketiga Bordeaux, yang tiba di ibu negara itu ketinggala­n di belakang PSG dengan hanya empat mata selepas tujuh perlawanan.

 ??  ?? PEMAIN Bordeaux, Jeremy Toulalan (kanan) cuba mengekang kelincahan Neymar.
PEMAIN Bordeaux, Jeremy Toulalan (kanan) cuba mengekang kelincahan Neymar.
 ??  ?? CAVANI (kiri), Mbappe (tengah) Thomas Meunier meraikan kemenangan besar PSG ke atas Bordeaux.
CAVANI (kiri), Mbappe (tengah) Thomas Meunier meraikan kemenangan besar PSG ke atas Bordeaux.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia