Harian Metro

Shahrel masih sayangkan PKNP

- Mohamad Zulfaizan Mansor zulfaizan@bh.com.my

Kuala Lumpur: Penyerang berbisa PKNP FC, Muhammad Shahrel Fikri Md Fauzi

mengaku terkejut apabila namanya dikaitkan dengan perpindaha­n ke pasukan juara Liga Super, Johor Darul Ta’zim (Johor DT).

Justeru pemain berusia 24 tahun itu pantas menafikan khabar angin berkenaan yang sudah mula tersebar di media sosial.

Malah, Shahrel turut menegaskan betapa dia ‘sayang’ untuk meninggalk­an PKNP dengan kontraknya bersama pasukan Liga Perdana itu masih berbaki dua tahun.

“Tiada apa-apa (tawaran daripada Johor DT). Saya pelik dan terkejut apabila secara tiba-tiba khabar angin itu muncul.

“Malah, ramai pemain yang menyerlah dikaitkan dengan Johor DT. Apapun, saya tidak fikir soal perpindaha­n dan kontrak saya dengan PKNP ialah hingga

(gambar)

2019.

“Setakat ini tiada pasukan pun yang menghubung­i saya, mungkin mereka tahu saya masih ada kontrak dengan PKNP. Sayang juga nak tinggal kelab ini kerana saya asal dari Perak dan mula mencipta nama pun dengan PKNP,” katanya.

Selain Shahrel, khabar angin mengaitkan beberapa tonggak skuad bawah 22 tahun (B-22) termasuk Nor Azam Abdul Azih, Adam Nor Azlin, S Kumaahran dan Syamer Kutty Abba bakal berhijrah ke Johor DT juga sudah tersebar di media sosial.

Shahrel menjadi antara penyerang tempatan yang menyerlah dalam saingan Liga Malaysia musim ini dan dia sudah meledak 11 gol buat PKNP dalam kancah Liga Perdana.

Selain itu, dia yang diberi tanggungja­wab sebagai kapten PKNP mengaku musim ini adalah paling berbaloi dalam kerjayanya apabila dapat membantu menaikkan nama kelab dari Perak itu.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia