Harian Metro

Idris kekal terajui Melaka United

- Norizzah Baharudin sukan@hmetro.com.my

Melaka: Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron kekal menerajui jawatan Persatuan Bolasepak Melaka United (MUSA) selepas skuad Sang Kancil mengekalka­n kedudukan di Liga Super musim depan.

Beliau berkata, pencapaian skuad Hang Tuah tetap membanggak­an walaupun tidak menepati sasaran awal untuk berada di kelompok enam terbaik selain turut mara ke pusingan suku akhir Piala Malaysia 2017.

“Walaupun pihak pengurusan diberi tekanan namun, mereka berjaya memastikan Melaka kekal di Liga Super meskipun pasukan ini pendatang baru selepas sekian lama tidak bersaing dalam liga utama bola sepak tempatan.

“Sekarang kita berada di tangga kelapan liga, saya percaya jika pemain dapat meneruskan rentak kemenangan dalam perlawanan terakhir nanti ia mampu melonjak tempat lebih baik pada penutup saingan musim ini,” katanya.

Sebelum ini, Idris pernah memberi teguran dan memberi bayangan akan melepaskan jawatan sebagai presiden sekiranya pasukan itu terus menampilka­n prestasi hambar dalam Liga Super.

Idris juga mencadangk­an khidmat pengendali Eduardo Almeida dilanjutka­n selepas berjaya menyelamat­kan bekas juara Liga Perdana itu terus terjerumus di dasar liga dan mengelakka­n diri daripada penyingkir­an.

“Beliau (Almeida) seorang yang bagus, kita dapat lihat perubahan yang dilakukann­ya, beliau lebih senang bersama pemain dan tidak mewujudkan dinding pemisah antaranya dengan pemain,” katanya.

 ??  ?? SKUAD Melaka United masih kekal beraksi dalam Liga Super musim depan.
SKUAD Melaka United masih kekal beraksi dalam Liga Super musim depan.
 ?? Idris Haron ?? Jika pemain dapat meneruskan rentak kemenangan dalam perlawanan terakhir nanti ia mampu melonjak tempat lebih baik”
Idris Haron Jika pemain dapat meneruskan rentak kemenangan dalam perlawanan terakhir nanti ia mampu melonjak tempat lebih baik”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia