Harian Metro

Shahzan Muda idam final Piala FAM

- Asrol Awang sukan@hmetro.com.my

Kuantan: Shahzan Muda FC akan memastikan slot final menjadi milik mereka apabila melayan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada separuh akhir pertama Piala FAM di Stadium Mini Majlis Perbandara­n Temerloh, malam ini.

Justeru, kelab dari Pahang itu mahu kelebihan di laman sendiri dimanfaatk­an sebaik mungkin untuk mendapat bekalan selesa sebelum aksi separuh akhir pada 8 Oktober ini.

Kapten pasukan, Wan Muhammad Idham Wan Sulaiman berkata, semangat dan komitmen tinggi ditagih rakan sepasukan untuk mencatat kemenangan selesa.

Katanya, dengan pengalaman dimiliki pemain termasuk bekas pemain Pahang akan membantu memperkasa­kan skuad itu sekali gus kembali ke Liga Perdana.

“Kami akan bermain penuh semangat terutama memastikan kemenangan dengan bekalan gol selesa seperti dipersemba­hkan ketika menewaskan PJ Rangers pada aksi suku akhir.

“Jentera serangan diharap lebih berbisa untuk membolosi gawang lawan sebagai suntikan moral kepada semua pemain,” katanya.

Justeru, dia mengharapk­an sokongan padu peminat terutama di sekitar Temerloh untuk beramai-ramai memberikan semangat kepada skuad.

“Saya percaya aura kemenangan ke atas PJ Rangers akan terus dipersemba­hkan untuk memastikan kemenangan ke atas UKM,” kata pemain berusia 28 tahun itu.

Pada suku akhir Piala FAM, skuad kendalian Tajuddin Nor itu menewaskan PJ Rangers dengan agregat 3-1.

Jika menang ke atas UKM, Shahzan Muda akan bertemu sama ada FELCRA FC atau Sime Darby FC kerana pasukan yang layak ke final secara automatik layak beraksi di Liga Perdana musim depan.

 ??  ?? KETUA pasukan Shahzan Muda, Wan Muhammad Idham Wan Sulaiman (kiri) dikawal pemain FELCRA FC, N Thanabalan, semalam.
KETUA pasukan Shahzan Muda, Wan Muhammad Idham Wan Sulaiman (kiri) dikawal pemain FELCRA FC, N Thanabalan, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia