Harian Metro

Khair puas bantu Melaka United

- Nazri Abu Bakar sukan@hmetro.com.my

Melaka: Pemain naturalisa­si Melaka United, Khair Muhammad Jefri Jones gembira membantu pasukannya kekal ke Liga Super 2018 sambil mengaku pasukannya berdepan tekanan kerana hampir tersingkir ke Liga Perdana.

Katanya, kemenangan 2-1 ke atas Selangor pada perlawanan kedua terakhir Liga Super minggu lalu amat melegakan berikutan mereka tidak perlu menunggu aksi terakhir berdepan Kelantan 28 Oktober nanti bagi mengesahka­n tempat di liga utama negara itu.

Menurutnya, dia sentiasa memberi yang terbaik sepanjang permainan bersama Melaka dan mengharapk­an skuad terbabit akan terus cemerlang pada baki aksi bertemu The Red Warriors kelak.

“Apa yang pasti sokongan tidak berbelah bahagi pengikut dan peminat setia memberi kekuatan di kalangan pemain dan barisan kejurulati­han untuk bertindak cemerlang walaupun berdepan lawan mantap termasuk Perak dan Selangor pada penghujung saingan liga.

“Justeru, saya yakin pasukan akan lebih cemerlang pada saingan 2018, selepas musim ini kami turut mara ke suku akhir Piala Malaysia. Ia adalah pencapaian positif buat pasukan,” katanya.

Bekas pemain Palmerston North Marist Sport dan Kelab Hawker’s Bay United di Liga New Zealand itu beraksi di posisi pertahanan kiri dan dia dilihat berjaya membentuk kubu kukuh pasukan yang turut dibarisi G Pusneswara­n, Nicholas Ryan Swirad serta Jasmin Mecinovic.

Bagaimanap­un, dia berkata, masih banyak yang perlu diberi perhatian menerusi fokus jitu dan kesungguha­n untuk meningkatk­an prestasi serta kemahiran bagi memastikan aksi secara berpasukan mampu diterjemah lebih mantap.

Pemain yang memiliki larian pantas dengan ketinggian 191sm itu pernah membarisi skuad Harimau Malaysia ketika di pimpin jurulatih Datuk Ong Kim Swee awal tahun lalu juga dilihat aset buat skuad Hang Tuah.

Khair yang sering membantu barisan serangan selain dilihat berupaya mengekang pergerakan pemain sayap lawan seperti yang dibuktikan dalam perlawanan bertemu The Red Giants jelas mahu melakar kejayaan lebih besar bersama skuad Melaka.

Malah, dia yakin mampu melakukan lebih baik dengan sokongan jurulatih, pengurusan dan rakan sepasukan serta penyokong bagi mengharung­i musim 2018 nanti.

 ??  ?? KHAIR MUHAMMAD (kanan) diasak pemain Selangor Andik Vermansyah di Stadium Hang Jebat.
KHAIR MUHAMMAD (kanan) diasak pemain Selangor Andik Vermansyah di Stadium Hang Jebat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia