Harian Metro

Jumpa tujuh lagi bangkai penyu

-

membersihk­an laluan dan hanya tiba di lokasi lapan jam kemudian, termasuk lima jam tempoh perjalanan.

“Bagaimanap­un, kami dapat merampas 469 balak yang ditebang secara tidak sah di lokasi pengumpula­n itu,” katanya ditemui.

Sallehuddi­n berkata, pemeriksaa­n mendapati balak itu tidak mempunyai cap kebenaran Jabatan Hutan Sarawak (JHS).

“Antara balak yang ditebang daripada jenis meranti, kapur dan jelutong yang keseluruha­nnya bernilai RM535,500.

Kes diserahkan kepada

JHS untuk tindakan selanjutny­a.

“Ia juga rampasan terbesar kami tahun ini. Nilai keseluruha­n rampasan balak haram sejak Januari hingga September ini ialah RM6.8 juta,” katanya. Semporna: Tujuh lagi bangkai penyu ditemui orang awam di Pulau Mabul, Semporna, jam 10.51 malam kelmarin.

Seorang lelaki yang memuat naik video secara langsung dalam Facebookny­a, Joe Starzz memberitah­u, bangkai penyu itu diikat antara satu sama lain dan hanyut ke kawasan berhampira­n resort pulau itu.

Perut bangkai penyu itu juga terburai dan dia bersama rakan cuba membawa bangkai berkenaan ke kawasan yang jauh daripada tumpuan pelancong.

“Saya sudah 11 tahun bekerja di resort ini dan ini pertama kali saya melihat bangkai penyu akibat tindakan individu tidak bertanggun­gjawab,” katanya kepada Harian Metro, semalam.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Hidupan Liar (JHL) Sabah Augustine Tuugu berkata, pihaknya akan menjalanka­n siasatan berhubung penemuan bangkai penyu terbabit.

“Empat pegawai JHL dari Semporna sudah diarahkan ke lokasi untuk siasatan lanjut.

“Saya juga sudah arahkan anggota JHL dari daerah lain di negeri ini untuk ke Semporna bagi menjalanka­n operasi secara besar-besaran,” katanya.

Menurut beliau, suspek kes sudah dikenal pasti dan tangkapan akan dibuat sekiranya bukti kukuh diperoleh.

“Suspek kini dalam perhatian dan mengambil masa untuk ditahan kerana suspek tidak menetap di sesuatu kawasan dan menjalanka­n kegiatan haram itu di tengah laut saja.

“Kes ini semakin serius kerana ia membabitka­n hidupan marin yang semakin pupus selain menjadikan haiwan dilindungi sebagai cara mendapatka­n wang,” katanya.

Khamis lalu, kirakira 100 bangkai penyu hijau ditemui di kawasan semak berhampira­n pantai Kampung Pantau-Pantau, Kampung Amboh-Amboh dan Kampung Sampilan di Pulau Bum-Bum, Semporna.

Maklumat yang dikumpul mengesyaki pemburuan haram itu dilakukan oleh Palauh (kaum nomad yang tinggal dalam bot).

 ??  ?? LALUAN masuk ke lokasi pengumpula­n balak haram di Nanga Maramah Batang Baleh
Kapit dihalang menggunaka­n pokok yang ditumbangk­an oleh
sindiket pembalakan haram.
LALUAN masuk ke lokasi pengumpula­n balak haram di Nanga Maramah Batang Baleh Kapit dihalang menggunaka­n pokok yang ditumbangk­an oleh sindiket pembalakan haram.
 ??  ?? SALLEHUDDI­N (tengah) menunjukan gambar laluan dihalang dengan pokok.
SALLEHUDDI­N (tengah) menunjukan gambar laluan dihalang dengan pokok.
 ??  ?? BANGKAI penyu ditemui orang awam di Pulau Mabul.
BANGKAI penyu ditemui orang awam di Pulau Mabul.
 ??  ?? AUGUSTINE
AUGUSTINE

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia