Harian Metro

Akhbar versi digital lebih praktikal

-

Miri: Lebih mudah dan menarik, itu pandangan pembaca Harian Metro, Robia William, 22, mengenai versi digital akhbar Harian Metro, HM ePaper yang mula dilancarka­n di Sabah dan Sarawak, semalam.

Robia berkata, sebagai golongan muda, akhbar versi digital lebih praktikal kepadanya kerana dia hanya memerlukan telefon pintar ataupun tablet untuk mendapatka­n laporan penuh berita.

Menurutnya, melalui langganan HM ePaper juga, dia tidak perlu lagi bersusah payah mendapatka­n akhbar itu di kedai, sebaliknya hanya perlu diakses melalui peranti mudah alih ataupun komputer.

“Justeru, perubahan versi cetak kepada digital sememangny­a menepati kehendak pembaca masa kini.

“Zaman sudah jauh berubah, semuanya terletak di Sipitang: Kempen derma organ perlu diperluask­an di seluruh negeri ini bagi memberi kesedaran kepada masyarakat yang sebahagian besarnya menganggap tindakan itu sebagai tabu.

Ahli Parlimen Sipitang Datuk Sapawi Ahmad berkata, derma organ juga adalah perkara baru khususnya dalam aspek agama Islam di mana ramai dalam kalangan penganutny­a masih belum mengetahui secara jelas hukum hujung jari kerana ramai pengguna hanya menggunaka­n telefon pintar dalam kehidupan seharian mereka,” katanya.

Sementara itu, Kamal Hamdan, 31, berkata, perubahan daripada versi cetak kepada digital adalah langkah yang bijak dilakukan akhbar ini.

“Apa yang menarik mengenai langganan ePaper ini, pengguna lebih mudah mengakses berita 24 jam sehari.

“Bukan semua orang berminat lagi menjinjing akhbar ke sana ke mari, sebaliknya kini ramai yang memilih untuk memperoleh berita dalam talian saja,” katanya.

The New Straits Times Press (M) Berhad (NSTP) menawarkan hanya versi digital kepada akhbar perdananya di Sabah dan Sarawak, bermula semalam.

Selain Harian Metro, semua naskhah akhbar NSTP iaitu New Straits Times dan Berita Harian kini hanya boleh dilanggan melalui versi digital.

Bagi langganan Harian Metro, pembaca hanya perlu memasukkan kod promosi, ‘emhm’ dan tekan butang ‘redeem’ menerusi portal https://subscripti­on.nstp.com.my/eastmalays­ia manakala bagi langganan aplikasi HM ePaper, masukkan kod promosi, emhm pada paparan ‘insert the discount code’ dalam ‘my profile’ kemudian klik ‘valid’.

 ??  ?? SAPAWI (empat dari kiri) bersama pengikrar derma organ.
SAPAWI (empat dari kiri) bersama pengikrar derma organ.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia