Harian Metro

Lebih cepat, menarik

- Fardy Bungga am@hmetro.com.my

 Golongan belia akui lebih gemar membaca berita terkini menerusi dalam talian

Pemberhent­ian edaran akhbar Harian Metro, New Straits Times dan Berita Harian di Sabah dan Sarawak tidak menjejaska­n kesetiaan pembaca akhbar berkenaan di negeri ini.

Malah, sebahagian besar golongan belia masa kini mengaku lebih selesa dengan akhbar versi digital yang diakui lebih cepat dan menarik berbanding sebelumnya.

Pembaca setia, Filex Chong, 23, berkata, sejak peralihan akhbar Harian Metro kepada versi digital, dia lebih gemar membaca berita terkini menerusi atas talian.

Katanya, dia menyedari edaran akan dihentikan di Sabah dan Sarawak namun tawaran versi digital akhbar ini pastinya lebih mudah dan menarik.

“Saya mula membaca Harian Metro sejak 2010 apabila akhbar ini mula dijual di negeri ini. Namun selepas beberapa tahun kebelakang­an ini, saya lebih gemar memilih untuk membaca isu terkini menerusi atas talian.

“Sebelum ini, Harian Metro sering menawarkan cerita dan gambar yang menarik serta sensasi. Selepas ini, saya percaya versi digital pastinya akan lebih menarik perhatian,” katanya ketika ditemui di Inanam, semalam.

Filex yang mengaku gemar membaca ruangan Arena Harian Metro berkata, selain lebih dekat dan mudah dibaca pada bila-bila masa, versi digital ini lebih jimat dan mudah untuk diakses.

Seorang lagi pembaca setia Harian Metro, Benedict Tzing, 25, berkata, peralihan kepada versi digital sememangny­a disambut baik.

Katanya, dia gemar membaca berita menerusi telefon pintar kerana ia lebih mudah berbanding sebelum ini yang memerlukan­nya membeli akhbar di kedai.

“Setiap maklumat dan berita dapat diperoleh dengan mudah, semuanya di hujung jari,” katanya.

Terdahulu, sempena dengan pemberhent­ian edaran naskah akhbar News Straits Times, Berita Harian dan Harian Metro di Sabah dan Sarawak, The New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP) menawarkan langganan percuma selama sebulan bagi langganan versi digital.

Pembaca hanya perlu melayari laman web subscripti­on.nstp.com.my/eastmalays­ia dan mengikuti panduan mudah untuk mendapatka­n langgan percuma berkenaan.

Promosi ini sah sehingga 8 Oktober ini.

 ?? Felix ?? Selepas ini, saya percaya versi digital pastinya akan lebih menarik perhatian”
Felix Selepas ini, saya percaya versi digital pastinya akan lebih menarik perhatian”
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia