Harian Metro

‘PECAH’ DADA

Polis rampas tujuh cota, rakaman CCTV serta beberapa bahan bukti

- Muhammad Apendy Issahak, Noor Hidayah Tanzizi dan Syaherah Mustafa am@hmetro.com.my

> Hasil bedah siasat terhadap dua anggota Tentera Laut Diraja Malaysia yang mati dalam Bilik Tahanan Unit Sungai Wangi, Sitiawan, Jumaat lalu mendedahka­n mereka mengalami penderaan fizikal hingga mengakibat­kan pendarahan paru-paru serta trauma tumpul. Kes kini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Sihat sebelum ke bilik tahanan Keluarga mahu pembelaan 3 direman 7 hari

Tiada pihak akan terlepas

Penderaan fizikal hingga mengakibat­kan kecederaan dalaman dipercayai punca kematian dua anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Laskar Kelas 1, Nik Muhammad Bahaiqy Nik

Mat, 28, dan Laskar Kelas 1 Muhammad Lailatulma­n Mohd Sukri, 26, ketika berada dalam Bilik Tahanan Unit Sungai Wangi, Sitiawan, dekat sini Jumaat lalu.

Kedua-dua mangsa dimasukkan ke pusat tahanan itu pada 28 September lalu dipercayai kerana masalah disiplin tidak hadir bertugas dan dadah sebelum disahkan meninggal dunia kerana mengalami keletihan, sesak nafas dan muntah dalam satu kenyataan awal dikeluarka­n TLDM.

Namun, hasil bedah siasat yang dijalankan pakar

Jabatan Forensik Hospital

Raja Permaisuri Bainun (HRPB) dengan disertai pakar dari Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan (HATTM) dan Hospital TLDM Lumut terhadap dua mangsa yang bermula jam 3.30 petang dan berakhir 11.30 malam kelmarin mendapati kematian mangsa dipercayai akibat didera.

Susulan itu, polis mengklasif­ikasikan kes sebagai kes bunuh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan sudah menahan tiga anggota TLDM selain merampas beberapa barangan termasuk tujuh cota (t-baton), set kamera litar tertutup (CCTV) dan beberapa bahan lain yang dipercayai dapat membantu siasatan kes kematian anggota terbabit.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perak, Datuk Gan Tian Kee berkata, hasil bedah siasat terhadap kedua-dua anggota terbabit mendapati punca kematian adalah disebabkan pendarahan paru-paru akibat trauma tumpul.

“Nik Muhammad Baihaqy dibedah siasat jam 3.30 petang hingga 7 malam dan hasilnya mendapati punca kematian adalah pendarahan paru-paru akibat trauma tumpul.

“Bedah siasat terhadap Muhammad Lailatulma­n pula dilakukan pada jam 9 malam dan 11.30 malam dan punca kematian juga adalah pendarahan paru-paru serta trauma tumpul pada tisu lembut,” katanya ketika dihubungi semalam.

Harian Metro semalam melaporkan, Nik Muhammad Baihaqy dan Muhammad Lailatulma­n meninggal dunia di Bilik Tahanan Unit Sungai Wangi, Setiawan, Perak, Jumaat lalu.

Polis mengklasif­ikasikan kes kematian dua anggota TLDM itu sebagai kes bunuh selepas laporan bedah siasat mangsa di HRPB mendapati ada kecederaan dalaman pada tubuh mereka dipercayai akibat penderaan.

Susulan itu, polis menahan tiga suspek lelaki berusia antara 29 hingga 44 tahun pada jam 9.30 malam kelmarin bagi membantu siasatan.

Mengulas lanjut, beliau berkata, dua mangsa berkenaan bukan kawan atau kenalan kerana kedua-duanya bertugas di unit berlainan.

“Maklumat awal juga mendapati jenis latihan yang dijalani anggota TLDM berkenaan mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP).

“Nik Muhammad Bahaiqy menjalani hukuman tahanan selama 45 hari selepas dijatuhi hukuman pada 27 September lalu dan dimasukkan ke pusat tahanan keesokanny­a (28 September) atas kesalahan tidak hadir dalam sesuatu tugas perkhidmat­an yang bertentang­an dengan Seksyen 58, Angkatan Tentera 1972 selain disyaki terbabit dalam kes penyalahgu­naan dadah yang kesnya masih dalam siasatan menunggu laporan kimia.

“Manakala, Muhammad Lailatulma­n dimasukkan ke pusat tahanan pada 28 September lalu kerana tidak hadir bertugas tanpa kelulusan cuti dan hanya tahanan tumpangan sementara sebelum dihantar ke Kuala Lumpur untuk tindakan lanjut,” katanya.

 ??  ?? MUHAMMAD Lailatulma­n Mohd Sukry NIK Mohd Baihaqy
Nik Mat
2laskar TLDMsahmat­i
didera
MUHAMMAD Lailatulma­n Mohd Sukry NIK Mohd Baihaqy Nik Mat 2laskar TLDMsahmat­i didera
 ??  ??
 ??  ?? ANGGOTA TLDM membawa turun jenazah Muhammad Lailatulma­n.
ANGGOTA TLDM membawa turun jenazah Muhammad Lailatulma­n.
 ??  ?? NIK Muhammad Bahaiqy
NIK Muhammad Bahaiqy
 ??  ?? MUHAMMAD Lailatulma­n
MUHAMMAD Lailatulma­n

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia