Harian Metro

JAGUH TERAKHIR LITAR SEPANG

 Kemenangan di SIC lebur badi Verstappen yang kerap gagal tamatkan perlumbaan

- Saiful Affendy Sapran, Sukhairi Thani, Fadlhi Ishak sukan@hmetro.com.my

Max Verstappen (gambar) meraih hadiah ulang tahun kelahiran paling bermakna apabila memenangi edisi Grand Prix (GP) Formula Satu (F1) PETRONAS yang terakhir di Litar Antarabang­sa Sepang (SIC), semalam.

Kemenangan itu juga menamatkan badi dilalui pemandu Red Bull Racing berkenaan yang gagal menamatkan separuh perlumbaan musim ini termasuk di GP Singapura, dua minggu lalu.

Sensasi Belanda itu yang meraikan ulang tahun kelahiran ke-20 kelmarin, menamatkan perlumbaan 56 pusingan dengan catatan masa 1 jam 30 minit 1.290 saat untuk meninggalk­an pendahulu kejuaraan pemandu, Lewis Hamilton dari Mercedes AMG PETRONAS di tempat kedua, ketinggala­n +12.770s.

Podium ketiga milik rakan sepasukan Verstappen yang juga pemenang tahun lalu di SIC, Daniel Ricciardo yang ketinggala­n +22.519s.

Ia adalah kemenangan kedua dalam karier Verstappen sejak kali pertama melakukann­ya pada GP Sepanyol tahun lalu.

“Hari ini memang cukup sempurna apabila jentera saya nyata lebih pantas berbanding Hamilton. Saya rasa ini adalah antara hari perlumbaan paling sempurna apabila segala-galanya berjalan dengan baik.

“Saya harap ia adalah permulaan baik kepada nasib yang sering tidak memihak kepada saya sebelum ini ketika hari perlumbaan,” katanya pada sidang media.

Jelas Verstappen yang bermula di petak ketiga, dia sedar Hamilton tidak begitu pantas dan memanfaatk­an sepenuhnya peluang untuk memintas juara dunia tiga kali itu.

“Hamilton sedang memburu kejuaraan dunia, jadi dia mungkin tidak mahu terlalu mengambil risiko.

“Saya pula mempunyai pakej terbaik dan mengambil risiko yang lebih besar untuk memintasny­a. Sudah tentu saya gembira kerana dapat mengatasin­ya dan memenangi perlumbaan ini,” katanya.

Selepas 15 pusingan, Hamilton kekal mendahului kejuaraan pemandu dengan mengumpul 281 mata, lebih 34 mata berbanding Vettel di kedudukan kedua.

Perlumbaan F1 masih berbaki lima pusingan dengan pusingan seterusnya di GP Jepun, 8 Oktober ini.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia