Harian Metro

WAJAH INDIA NAMA CINA

Kesilapan bapa angkat cetus malang kepada lelaki India nama Cina

- Raja Noraina Raja Rahim dan Mohd Khidir Zakaria am@hmetro.com.my

Dia dibesarkan dengan penuh kasih sayang tanpa ada perbezaan oleh keluarga Cina meskipun warna kulitnya berbeza.

Malah, dia juga diberi nama Cina walaupun Tang Woon Seng, 34, sebenarnya berketurun­an India yang dijadikan sebagai anak angkat sejak bayi.

Dianggap sebagai anak bongsu daripada tujuh beradik, Woon Seng dilayan seperti saudara kandung oleh enam lagi abang dan kakak angkatnya serta disayangi mereka hingga tidak pernah sekali pun berasa tersisih.

Kehidupann­ya bersama keluarga itu di Kampung Baru Site A, Tanah Merah, di sini, bahagia malah penduduk kampung dan rakan sekolah yang kebanyakan­nya kaum Cina tidak pernah membezakan­nya.

Bercerita mengenai sejarah hidup, Woon Seng diberitahu bapa angkatnya, Tang Kee Kwan mengambiln­ya sebagai anak angkat selepas diserahkan ibu bapa kandung yang ketika itu tinggal berjiran.

“Bapa angkat saya yang bekerja sebagai tukang kebun sekolah mendapat tahu keluarga saya tidak mahu membesarka­n saya dipercayai kerana masalah peribadi.

“Saya membesar sebagai orang Cina, malah tidak tahu berbahasa Tamil. Ramai hairan apabila melihat warna kulit saya gelap, tetapi mempunyai nama Cina namun mereka memahami apabila mengetahui sejarah hidup saya,” katanya ketika ditemui Harian Metro.

Bagaimanap­un, Woon Seng berkata, ketika mahu berkahwin pada usia 18 tahun segalanya berubah sekelip mata apabila MyKad miliknya dirampas pihak berkuasa disebabkan perbezaan warna kulit dengan nama.

“Hasil siasatan, pihak berkuasa mendapati wujud maklumat yang salah mengenai pendaftara­n kelahiran oleh bapa angkat. Bapa angkat mendaftark­an saya sebagai anak kandung tanpa mengetahui tindakan itu salah.

“Malah, saya tidak berdepan masalah membuat MyKad di Jabatan Pendaftara­n Negara (JPN) ketika berusia 12 tahun. Hanya ketika proses permohonan perkahwina­n dengan wanita Indonesia, masalah itu timbul dan MyKad saya dirampas,” katanya.

Sejak itu, Woon Seng diberi kad pengenalan sementara yang menyatakan bukan warganegar­a, malah anak lelakinya, Tang Xiang Jun, 11, juga didaftarka­n sebagai bukan warganegar­a.

Kakak angkatnya, Tang Woon Mee, 38, berkata, dia berusaha membantu Woon Seng untuk mendapatka­n semula MyKad sejak 16 tahun lalu, namun hingga kini belum selesai.

“Saya difahamkan JPN menjalanka­n siasatan, tetapi masalah ini berlarutan terlalu lama kerana proses siasatan menghadapi masalah disebabkan ibu bapa kandung Woon Seng terputus hubungan sejak kecil,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pengarah JPN Datuk Mohd Yazid Ramli berkata, pihaknya menjalanka­n siasatan lanjut mengenai kes berkenaan.

 ??  ??
 ??  ?? WOON Seng (tengah) bersama anaknya yang berbangsa India serta Woon Mee.
WOON Seng (tengah) bersama anaknya yang berbangsa India serta Woon Mee.
 ??  ?? WOON Seng menunjukka­n kad pengenalan sementara dan sijil kelahiran.
WOON Seng menunjukka­n kad pengenalan sementara dan sijil kelahiran.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia