Harian Metro

ANAK ‘DISIRAM’ SUP TOMYAM

Pengurus restoran hulur wang rawat mangsa mahu selesai cara baik

- Mohamad Azim Fitri Abd Aziz azimfitri@hmetro.com.my

Keadaan mangsa dilaporkan stabil namun mengalami trauma akibat kejadian itu

Saya sudi bertemu keluarga mangsa untuk meminta maaf Mohd Zanafi

Makan malam sebuah keluarga yang sepatutnya berjalan lancar bertukar tragedi apabila anak perempuan mereka cedera selepas terkena sup tomyam yang tertumpah pada bahagian belakang badan mangsa di sebuah restoran di Balok, di sini, kelmarin.

Dalan kejadian jam 9.30 malam, mangsa berusia lima tahun dikatakan bersama keluargany­a di restoran berkenaan sebelum tragedi malang itu menimpanya.

Berikutan kejadian itu, mangsa melecur pada bahagian belakang badan serta tengkuk dan dirawat di sebuah klinik di bandar ini.

Bapa mangsa yang mahu dikenali sebagai Zack ketika dihubungi berkata, ketika kejadian, dia berada di kaunter dan menguruska­n urusan tempahan di restoran berkenaan.

“Tiba-tiba saya dengar tangisan anak berlari ke arah saya. Saya lihat ada kesan tumpahan sup tomyam pada belakang badannya. “Saya membersihk­an kotoran itu di singki sebelum menyedari tengkuk dan belakang badan anak melecur. Saya bergegas membawanya ke kereta untuk mendapatka­n rawatan di klinik,” katanya.

Menurutnya, buat masa ini, dia berbincang dengan ahli keluarga dan rakannya untuk mengambil tindakan selanjutny­a ke atas pemilik restoran berkenaan.

Menerusi catatan di Facebook, ibu kanak-kanak terbabit menggunaka­n nama Radia Rahim mendakwa kejadian itu berpunca daripada seorang pekerja restoran yang membawa hidangan berkenaan untuk dihantar ke meja bersebelah­an meja mereka sebelum pekerja terbabit melanggar anaknya menyebabka­n sup tomyam itu tertumpah terkena mangsa.

Catatan itu mendakwa kejadian turut disaksikan pelanggan di restoran berkenaan sebelum mereka bergegas membawa anak ke klinik.

Difahamkan, keadaan kanak-kanak perempuan berkenaan dilaporkan stabil namun mengalami trauma akibat kejadian itu.

Sementara itu, Pengurus Restoran Sara Thai Kitchen Mohd Zanafi Wahab, 39, mengakui kejadian ditularkan keluarga mangsa malam kelmarin berlaku di restoran diseliakan­nya.

Katanya, dia tidak menyaksika­n kejadian itu namun ada bertemu dengan keluarga mangsa untuk meminta maaf dan memberikan wang bagi merawat kecederaan anak mangsa.

“Selepas kejadian berlaku, ibu bapa kanak-kanak itu bergegas membawa anak mereka mendapatka­n rawatan. Saya mengambil wang untuk bertemu mereka dan bertanya hal berlaku.

“Saya menafikan dakwaan mengatakan saya mencampak wang kepada mereka sebaliknya saya cuba memberikan RM200 kepada bapa mangsa secara sopan dengan cara bersalaman namun ia tidak berlaku sebelum wang ingin saya hulurkan terjatuh di dalam kereta mereka,” katanya.

Mohd Zanafi berharap kes itu diselesaik­an secara baik selain tidak dipanjangk­an dan pihaknya sudi bertemu keluarga mangsa untuk meminta maaf.

 ??  ??
 ??  ?? KEADAAN bahagian belakang kanak-kanak yang melecur selepas terkena sup tomyam di restoran, kelmarin.
KEADAAN bahagian belakang kanak-kanak yang melecur selepas terkena sup tomyam di restoran, kelmarin.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia