Harian Metro

PERSOALAN MULA DIRUNGKAI

- Sarah Zulkifli sarah@hmetro.com.my

 Bicara kes bunuh Jong-nam bermula hari ini tampil 40 saksi pendakwaan

Motif dan misteri di sebalik peristiwa pembunuhan abang pemimpin Korea Utara, Kim Jong-nam di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur 2 (klia2), Februari lalu, bakal tersingkap apabila kes itu mula dibicaraka­n di Mahkamah Tinggi Shah Alam, ini.

Persoalan mengenai dua wanita asing yang menjadi suspek pembunuhan Jong-nam yang disembur cecair beracun, sama ada mereka diperangka­p, diupah atau sebenarnya memang ejen Korea Utara bakal terungkai.

Sekurang-kurangnya 40 saksi pendakwaan termasuk 10 pakar dipanggil memberi keterangan dalam kes bunuh yang menggempar­kan negara itu.

Ini kerana mangsa pemma bunuhan itu membabitka­n abang tiri kepada Presiden Korea Utara, Kim Jong-un yang dilaporkan mati dibunuh selepas kepalanya diserkup seorang wanita dengan kain mengandung­i cecair beracun di satu sudut balai pelepasan klia2. Dalam prosiding hari ini, buat pertama kalinya, pengakuan Siti Aisyah, 25, dan warga Vietnam, Doan Thi Huong, 28, juga akan direkodkan.

Sebelum ini, Mahkamah Tinggi, di sini, menetapkan 23 hari untuk perbicaraa­n di hadapan Hakim Datuk Azmi Ariffin.

Pihak pendakwa raya yang diketuai Timbalan Pendakwa Raya Muhamad Iskandar Ahmad manakala Siti Aisyah diwakili peguam Gooi Soon Seng dan peguam Hisyam Teh Poh Teik bagi pihak Doan.

Pada 1 Mac lalu, kedua-dua wanita berkenaan dihadapkan di Mahkamah Majistret Sepang atas pertuduhan membunuh Jong-nam, 45, bersama-sahari empat lagi individu yang masih bebas.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di Balai Pelepasan, klia2, pada jam 9 pagi 13 Februari, mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Jong-nam, anak sulung bekas pemimpin Korea Utara Kim Jong-il, hidup dalam buangan di China dan Asia Tenggara selepas bergaduh dengan bapanya.

Beliau yang memiliki pasport tertera nama Kim Chol meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Putrajaya dan dilaporkan berada di Malaysia sejak 6 Februari.

Pembunuhan itu mencetuska­n perbalahan diplomatik antara Malaysia dan Korea Utara yang menyaksika­n kedua-dua negara melarang warga negara masing-masing meninggalk­an Malaysia dan Korea Utara dan mengundurk­an duta masing-masing.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia